Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bangkit Dari Kesilapan

Advertisement
Bangkit semula setelah kamu dijatuhkan adalah kemenangan sejati pada dirimu. Berkali-kali dinafikan hak kamu dalam kehidupan seperti pekerjaan, persahabatan, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya...ada sesuatu yang perlu ditamatkan. Sudah tiba masanya kamu bangkit mempertahankan diri sendiri.

Sebelum ini penat sudah kamu menangis. Sebelum ini berkali-kali maruahmu dipijak. Bukan sekali dua hasil kerjamu dinafikan haknya. Sudah lelah barangkali perasaanmu dihiris sembilu tajam. Sampai bilakah kamu masih mahu terus diperlekehkan?


Bangkit Dari Kesilapan



Bangkit Dari Kesilapan 


Kadangkala kamu melepaskan geram. Kamu tumbuk kembali manusia yang menumbukmu. Kamu membalas dengan amarah. Kamu bangkit kerana terhina. Tetapi kemudian, mengapa kamu menangis? Mengapa kamu berasa sebak? Kerana...kamu tidak tahu dimana khilaf dan salah kamu hingga kamu diperlakukan sedemikian rupa. Kamu sedih kerana kamu dipersalahkan tanpa tahu hujung pangkalnya.

Oleh itu kawan, perbuatan jahat tidak semestinya di balas dengan kejahatan jua. Ingatlah, kamu hanya perlu membalas dan bangkit jika yakin dengan dirimu. Yakin bahawa kamu tidak bersalah. Dari situ, baharulah kamu berlawan dan bangkit dengan cara yang bermaruah. Maka pada akhirnya kamu tidak lagi menangis sebaliknya tersenyum penuh maruah!

Anonymous ada menulis,
Kegagalan adalah nikmat dari proses menuju kejayaan. Jadi, janganlah takut dengan kegagalan.

Kesilapan janganlah diulang-ulang. Jika sekali kamu silap, itu adalah lumrah. Tetapi jika berulang kali silap, maka kamu orang yang bodoh. Bodoh kerana tidak mengambil peluang yang diberikan. Bangkitlah dari kesilapan lalu.

Berbuat silap bukanlah salah, tetapi menunjukkan kamu telah mencuba daripada langsung tidak berani melakukannya walaupun sekali!   

Akhir kata, sedikit kata yang dilakar diharap dapat membangkitkan kamu dari kesilapan masa lalu. Hidup perlukan motivasi. Hati memerlukan nasihat yang baik-baik. Hati yang mati adalah hati yang tidak mahu menerima nasihat lagi.

Fikirkanlah...

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. bila terlupa pun kekadang terulang kesalahan benda sama,

    ReplyDelete
  2. Lumrahnya manusia mudah lupa & mengulangi kesilapan yg sama...namun HARUS move forward..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close