Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perbezaan Antara KSSR Dengan KBSR Dan Sistem BAND Dalam KSSR

Perbezaan Antara KSSR Dengan KBSR - KSSR adalah singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah. KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Maksudnya, KSSR mahu melahirkan pelajar sekolah rendah yang kompeten/berdaya saing dan matang seawal usia mereka mengenali alam persekolahan darjah satu.

Oleh yang demikian KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard itu terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Konsep KSSR


Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk


Perbezaan Antara KSSR Dengan KBSR 


Di bawah ini adalah jadual ringkas perbezaan antara KSSR dan KBSR.

Perbezaan Antara KSSR Dengan KBSR
Perbezaan Antara KSSR Dengan KBSR

Terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.

Dan, Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).


Sistem BAND Dalam KSSR


MAKSUD BAND DALAM KSSR
Penerangan tentang BAND. Dalam sistem penilaian KSSR tiada sistem Peperiksaan untuk menilai prestasi dan pencapaian murid. Sistem Peperiksaan ini telah diganti dengan sistem BAND bagi menilai pencapaian dan restasi seseorang murid dan pelajar di sekolah. Secara ringkas, dahulunya gred ABC digunakan dalam KBSR untuk menentukan tahap pelajar. Tetapi dalam sistem KSSR gred ABC telah digantikan dengan sistem BAND.


PENERANGAN TAHAP-TAHAP BAND DAN MAKSUDNYA

Terdapat 6 Tahap dan maksud-maksud peringkat Band yang menentukan prestasi seseorang murid adalah berbeza. Sistem Band KSSR mempunyai 6 Peringkat Band iaitu Band 1 hingga Band 6.

Band 1 Tahu
Band 2 Tahu dan Faham
Band 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
Band 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap
Band 5 Tahu,faham dan Boleh Buat Dengan Beradab Terpuji
Band 6 Tahu,Faham dan Boleh Buat Dengan Beradab Mithal 



Tahap Pelajaran Rendah


TAHAP 1 - Tahun 1 - 3

PRASEKOLAH

Komponen:
  • Bahasa dan Komunikasi
  • Perkembangan Kognitif
  • Kerohanian dan Moral
  • Perkembangan Sosioemosi
  • Perkembangan Fizikal
  • Kreativiti dan Estatik


SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran Teras:
  • Bahasa Melayu
  • English Language
  • Bahasa Cina (SJKC)
  • Bahasa Tamil (SJKT)
  • Mathematics
  • Science
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Wajib:
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
Mata Pelajaran Tambahan:
  • Bahasa Cina Komunikasi
  • Bahasa Tamil Komunikasi
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Bahasa Iban (bermula tahun 3)
  • Bahasa Semai (bermula tahun 3) 

TAHAP 2 - Tahun 4 - 6

Mata Pelajaran Teras:
  • Bahasa Melayu
  • English Language
  • Bahasa Cina (SJKC)
  • Bahasa Tamil (SJKT)
  • Mathematics
  • Science
  • Kajian Tempatan
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Mata Pelajaran Wajib:
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Kesihatan
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
Mata Pelajaran Tambahan:
  • Bahasa Cina Komunikasi
  • Bahasa Tamil Komunikasi
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Bahasa Semai 

Rujukan: 

1. MOE.gov.my
2. Sumber

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close