Resepi Cucur Bawang Dan Kentang Rangup

Advertisement

Resepi Cucur Bawang Dan Kentang Rangup. Inilah sarapan kegemaran saya bila dah tak ada idea nak masak apa untuk breakfast. Nasi lemak, roti canai, lontong.. bila-bila boleh beli kat warung atau restoran. Tapi breakfast cucur atau jemput-jemput paling rare, kena buat sendiri.

Resepi jemput-jemput bawang dengan kentang ni simple je, very the easy orang putih kata! Tapi walau simple, tetap jadi idaman sesiapa yang dah pernah rasa. Haha..


Resepi Cucur Bawang Dan Kentang Rangup

Resepi Cucur Bawang Dan Kentang Rangup

Resepi Cucur Bawang Dan Kentang Rangup



Nampak rangup tak? Dengan bawang dan kentang yang dipotong halus, jemput-jemput ni memang sedap.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
2 biji kentang - potong dadu
1 biji bawang besar - hiris halus
2 tangkai cili hidup - hiris halus
Garam dan air secukupnya



Cara membuatnya:


1. Campurkan semua bahan seperti kentang, bawang dan cili hidup ke dalam tepung. Gaul rata.

2. Uli dengan air garam hingga jadi adunan yang agak cair. Masukkan sedikit gula, jika suka. Kacau rata.

3. Ambil sedikit demi sedikit adunan dengan hujung sudu makan ke dalam minyak yang dah panas, atau ikut saiz yang anda suka.

4. Goreng hingga kuning keemasan.


5. Jemput-jemput bawang dengan kentang yang rangup siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.