Bercerita tentang Garrett popcorn, sebenarnya ini 2nd time saya terbaca tentangnya. Yang pertama kali adalah daripada FB Raja Zarith Sofiah, seperti saya printscreen di bawah ini,

Dan, kali kedua daripada bacaan satu artikel perbualan antara almarjum TJ dengan rakannya. Saya printscreen di bawah ini,
Sangat tersentuh hati dengan budi pekerti almarhum TJ ini. Nampak sangat dia sungguh memuliakan ibundanya, pergi jalan-jalan masih sempat teringatkan popcorn kegemaran bondanya. Subhanallah. Semoga kita mengambil iktibar dengan sikap yang ditunjukkan, sayangilah kedua ibu bapa kita walau di mana dan ketika.
Kat Malaysia ni Garrett popcorn ada kat KLCC aje ke? Sebab, setahu saya Garrett Popcorn ini produk dari luar negara. Di Johor ada jual tak ya?
Setelah saya Google, Garrett Popcorn ada di KL saja setakat ini, antaranya di Garrett Popcorn Shops®, One Utama, Suria KLCC & Mid Valley.
Namun, kerana TJ yang terlalu mengasihi bondanya, saya mengenali Garrett Popcorn!
Terima kasih dengan pengalaman yang diberikan, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. #Aamiin...

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.