Rawatan kelemumr kali ini gunakan bahan recycle je iaitu guna cuka epal. Ala...cuka yang buat masak tu...gambarnya seperti di bawah.

Petua Hilangkan Kelemumur Dengan Cuka Epal
1. Ambil satu bahagian cuka epal dan campurkannya dengan satu bahagian air bersih. Macam kita campurkan sabun basuh dengan air. Contoh kalau 2 sudu besar cuka epal dicampur dengan dua sudu besar air.
2. Basahkan rambut anda seperti biasa dan kemudian tuangkan campuran cuka tadi dengan berlahan-lahan ke atas permukaan kulit kepala anda.
3. Biarkan untuk 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.
4. Kesan cuka akan hilang setelah kulit kepala anda kering.
5. Ulang langkah di atas setiap hari untuk seminggu dan lihat kesannya.
Ha! Mudah kan? Dengan beberapa langkah sahaja anda sudah merawat rambut yang berkelemumur. Semoga anda dapat satu lagi petua merawat kepala gatal disebabkan kelemumur.
#sebarkan info...petua untuk kesihatan.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.