Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos

Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos | Sebelum ini saya ada menulis tentang rahsia kelahiran bulan ogos. Ada banyak rahsia dan personaliti orang yang lahir dalam bulan tersebut yang menarik untuk dikembangkan. Sebelum ini saya hanya  secara ringkas dan mengikut pendapat dan kajian daripada Dato' Dr Fadzilah Kamsah.

Tapi kali ini saya nak bongkar rahsia dan personaliti orang yang lahir dalam bulan Ogos. Apakah keistimewaan mereka? Apakah rahsia personaliti mereka yang tersembunyi? Jika anda ada saudara atau adik beradik yang lahir dalam bulan Ogos, apakah kerekter mereka?

Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos

Jom baca perkongsian di bawah yang saya selidik dan baca dari beberapa sumber seperti Majalah Remaja, daripada Google, panduan dan kajian Dato' Fadzilah Kamsah dan banyak lagi.  

Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos 


Jika kita perhatikan orang yang lahir bulan Ogos ni, memiliki ciri seorang penghibur yang disukai. Contohnya penyanyi Asmawi atau Mawi. Ingat tak dulu ketika fenomena 'Mawi World' menerjah negara kita. Semua orang suka dengannya. Karekter yang selamba dan jujur menjadi idaman ramai wanita. Ada juga kajian mengatakan orang yang lahir bulan Ogos pandai bersilat. Ermmm...iya kut. Selain itu, Awal Ashaari juga lahir bulan Ogos.

Kelebihan orang yang lahir bulan Ogos


Orang yang lahir bulan Ogos kebanyakannya suka mencari kawan dan berlawak. Tidak hairanlah jika mereka disenangi oleh ramai orang dan disayangi ramai. Mereka juga mengambil berat tentang pasangan masing-masing.

RELATED .. Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September.. selanjutnya

Saya lihat orang lahir bulan Ogos ni memiliki daya berfikir yang tinggi serta semangat juang yang luar biasa. Tak percaya? Cuba anda lihat bekas presiden Palestin yang dulu iaitu Yasser Arafat. Orangnya sangat kuat berjuang untuk pembebasan Palestin dan sanggup mempertahankan negaranya hingga ke titisan darah terakhir.

Satu lagi kelebihan orang yang lahir bulan Ogos adalah mereka suka memimpin. Ini memang terbukti. Antara pemimpin dunia yang lahir bulan Ogos adalah Barrack Obama, bekas Presiden US, Bill Clinton dan bekas presiden Mesir iaitu Muhammad Mursi.


Kelemahan orang yang lahir bulan Ogos 


Tetapi di sebalik kelebihan di atas, ada juga kelemahan atau kekurangan mereka yang lahir bulan Ogos. Sekadar kajian aje, jangan ambil hati ya...

  • Cepat marah dan mudah mengamuk
  • Sangat cemburu
  • Sikap kelam kabut
  • Terlalu pemurah dan sangat ego

Hah! Macam mana? Benarkah senarai kelemahan di atas? Adakah anda seorang yang cepat marah dan sangat cemburu? Tidak mengapa...setiap kelemahan boleh diatasi dengan menambah ilmu dan mengubah apa yang perlu dan sesuai dengan keadaan personaliti kita. Contohnya sifat sangat pemurah itu mendatangkan kebaikan dan kelebihan jika anda memberikan kepada golongan yang tepat.

Sikap kelam kabut pula boleh di atasi jika anda belajar bertenang dan membuat senarai aktiviti yang perlu dilakukan sehari-hari. So, jadikan kelemahan anda itu satu kelebihan disebaliknya.

Oh ya!

Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos

Lupa nak kongsikan kat atas tadi, antara tokoh pemimpin dunia yang lahir dalam bulan Ogos adalah Barrack Obama, Yasser Arafat dan bekas timbalan PM kita Anwar Ibrahim. Happy birthday buat mereka!!

Perkongsian di atas adalah sekadar hiburan dan bacaan semata-mata. Ingat ya, yang baik kita ambil dan perteguhkan dan yang tak baik biarkan dia pergi... hihi

-----> Ini adalah entri republish, di mana setiap tahun pada bulan Ogos, saya akan ulang semula entri ini bagi meraikan mereka yang lahir dalam bulan Ogos.

Selamat hari lahir, dear 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

3 Comments

  1. yang saya perasan, banyak negara yang sambut hari Merdeka pada bulan Ogos :D

    ReplyDelete
  2. Saya lahir bulan Ogos .. banyak yang diperkatakan tu kena tepat pada saya ... :)

    ReplyDelete
  3. Anak kedua saya, lahir bulan Ogos, tak sabar nak tunggu harinya hujung bulan ni.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.