Buah dokong ada banyak jenis, ada yang kecil bulat bentuknya, ada juga buah dokong yang berbentuk lonjong dan agak besar bentuknya. Sila baca sampai habis untuk ketahui ciri-cirinya...
![]() |
| Asal usul buah dokong yang ramai tidak tahu |
Secara amnya, buah dokong tersusun padat sehingga 40 biji dalam satu tangkai. Buahnya berwarna kuning keperangan apabila masak, berbentuk bulat hingga obovat berukuran 3 - 4.7 cm lebar dan 3.5 - 5 cm panjang. Sebiji buah biasanya terdapat 5 ulas isi yang pejal dan rasanya manis dengan kandungan gula di antara 15 - 22 % brix.
Asal Usul Buah Dukong Yang Ramai Tidak Tahu
Kawasan Utama Tanaman Dokong. Negeri-negeri utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah.
Dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi. Buahnya juga boleh dibuat jem.
Disebabkan sekarang ni ada sesetengah pemuda pemudi dan saya sendiri (dulu lah...) tak kenal buah dokong, maka dengan penuh celik saya konfsikan info tentang buah dokong. Meh belajar sama-sama, ya tak?

Dokong - Rupa bentuk dan warnanya sama seperti langsat, cuma kulitnya tebal sedikit, tidak bergetah dan rasanya manis. Di Terengganu, buah ini dikenali sebagai 'duku' tetapi ini tidaklah tepat.
i. Dokong Kering
Ditanam secara komersial kerana buah sangat manis, kulit tidak bergetah, kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah keset. Buahnya tersusun rapat di tangkai.
ii. Dokong Air
Kandungan air dalam buah jenis ini adalah tinggi. Air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan. Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. Kulitnya nipis tetapi bergetah. Tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah.
iii. Dokong Biji /Dokong Air
Setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas. Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah. Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh diguna sebagai sumber benih
Sumber: http://www.pertanianperak.gov.my

Kandungan Zat Makanan:
| Kandungan | Unit/100 g bybm |
| Tenaga | 57 calories |
| Kabohidrat | 15.2 g |
| Kalsium | 19.0 mg |
| Kalium | 25.5 mg |
| Zat Besi | 1.1 mg |
| Vitamin B1 | 0.07 mg |
| Vitamin B2 | 0.04 mg |
| Vitamin C | 3.0 mg |
| Lemak | 0.2 mg |
| Protin | 0.9 mg |
| Niasin | 1.0 mg |
Untuk maklumat lanjut tentang buah dokong, anda boleh baca, faham dan praktikkan (jika nak jadi pekebun dokong..), banyak infomasi berguna dikongsikan oleh JPN, Penang.


Biasanya kita panggil duku siam aje.
ReplyDelete