Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Hebat Umairah Slot Samarinda TV3

Drama Hebat Umairah Slot Samarinda TV3 - Bagi pencinta drama melayu dengan tema yang agak berat dan penuh keinsafan, anda boleh tunggu slot Samarinda TV3 yang disiarkan agak lewat mLam iaitu pukul 10 malam.

Slot samarinda terbaru yang tak kurang hebatnya daripada Patahnya Sebelah Sayap yang dah tamat pun, adalah drama Umairah. Saya ada tengok trailer drama ini di TV3. Boleh tahan jugak, pelakon pun hebat-hebat jugak.

Drama Hebat Umairah Slot Samarinda TV3


Drama Umairah membariskan pelakon lama dan baru yang saya percaya gabungan keduanya boleh menghasilkan impak maksimum kepada penonton nanti.

Antara pelakon yang terlibat adalah:

Drama Umairah sudah mula disiarkan sejak 25 Oktober 2016 yang lalu dan mempunyai 15 episod.

Drama Umairah ini dilakonkan oleh Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Octovia Manrose, Shajiry, Shiqin Kamal, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Kodi Rasheed, Anne Abdullah dan ramai lagi. 

Umairah slot Samarinda TV3 diarahkan oleh Along Kamaludin dan merupakan terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Umairah Slot Samarinda TV3


Drama Umairah Slot Samarinda TV3
Drama Umairah Slot Samarinda TV3

Umairah mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma.

Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya. 

KedatanganShahrizal ke syarikat Garuda Global untuk mencari pekerjaan. Dia membawa keratan akhbar mengenai syarikat tersebut yang memaparkan jawatan kosong sebagai Akauntan. Dia ingin mencuba jawatan tersebut yang sesuai dengan kelayakannya sebagai Pemegang Ijazah Perakaunan. Apatah lagi, syarikat ini sememangnya tempat yang dia idamkan untuk bekerja sebelum ini. Akhirnya Shahrizal ditawarkan bekerja di syarikat Garuda Global sebagai Akauntan. 

Sementara itu Nadia, setiausaha Dato’ Amir tertekan apabila kekasihnya Andy yang merupakan bekas akauntan syarikat telah dipecat kerana kes pecah amanah. Dia mendesak Nadia untuk menjatuhkan Garuda Global secara perlahan-lahan dengan menyeludup beberapa dokumen penting untuk Andy.

Bagaimanakah agaknya kisah Umairah seterusnya? Adakah Umairah akan jatuh cinta kepada Shahrizal atau adiknya juga sukakan lelaki yang sama? 

Nampak macam klise je kisahnya, tetapi pasti persembahan setiap pelakon akan membezakan persepsi kita terhadap sesebuah drama. Ya tak?

Untuk dapatkan sinopsis drama UMAIRAH selanjutnya, sila layari blog mulan sahbanu. 

Semoga ada pengajaran dan manfaat yang boleh di ambil dari drama Umairah kali ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close