Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Keywords Blog Di Nuffnang Bulan Januari 2017

Keywords Yang Singgah Di Nuffnang Bulan Januari 2017. Apa khabar Nuffnang anda? Adakah agak merosot income dari Nuffnang pada bulan lepas? Jika anda perasan, kebelakangan ini iklan Nuffnang jarang singgah di blog. Kenapa agaknya? Rasa macam dah lemah semangat juga tetapi blog ini masih ada juga hasil dari Nuffnang. So, setia ku di sini gamaknya..

Cerita tentang income Nuffnang, saya masih ada 2 cek yang belum diterima dari mereka. Jumlah cek tak lah banyak, cek berjumlah RM294.04 saya cashout 1 Disember 2016 dan cek berjumlah RM199.47 saya cashout pada 27 Disember 2016. Awal bulan Februari saya hantar email, dan sekarang bayaran-bayaran saya sedang diproses.  

Keywords Blog Di Nuffnang Bulan Januari 2017


Keywords Blog Di Nuffnang Bulan Januari 2017

Bila anda lihat dari gambar di atas, kebanyakan keywords yang singgah di blog ini adalah berlabelkan resepi. Sesuailah kan, sebab blog ini pun dibuat khas untuk wanita, yang memang kebiasaannya sukakan resepi, macam owner blog ini jugak. Suka tengok resepi, cuba resepi baru, kemudian buat ubah suai sedikit dan keluarlah resepi sendiri.. hihi,.

Antara keywords yang singgah bulan Januari 2017 adalah:

>> resepi udang
>> kek kukus
>> doa untuk keluarga
>> ucapan hari lahir
>> resepi sup telur

Oleh kerana iklan Nuffnang masih releven dengan blog dan masih mendatangkan income, maka saya ambil keputusan untuk terus pasang iklan tersebut di blog. Untuk dapatkan hasil maksima dari Nuffnang, pastikan anda letak banner iklan di tempat yang betul.

Orait!!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close