Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Shopping Online Di Lazada Malaysia Satu Unit Telefon Lenovo Vibe S1

Cara Shopping Di Lazada Malaysia Satu Unit Telefon Lenovo Vibe S1. Mengapa saya beli telefon di Lazada? Boleh percaya ke? Benda yang kita order tak rosak ke? Alhamdulillah.. setakat ini saya tidak menghadapi masalah dengan Lazada. Order hari ini, esok barang dah sampai. Yang penting kita kena yakin dengan servis dia orang. Dan, setakat ini barang yang sampai pun dalam keadaan baik dan sempurna.

Ha, mengapa saya beli telefon di Lazada? Sebab, cepat, murah dan banyak pilihan. Lagu satu boleh shopping dengan aman, klik dan klik saja untuk tahu info tentang sesuatu telefon. Saya pun dah berurusan dengan Lazada Malaysia berkali-kali. Barang sampai pun cepat.

Cara Shopping Di Lazada Malaysia Satu Unit Telefon Lenovo Vibe S1

Cara Shopping Di Lazada Malaysia Satu Unit Telefon Lenovo Vibe S1


Telefon jenama Lenovo Vibe yang saya beli melalui Lazada Malaysia adalah untuk hero kecil saya bagi menggantikan telefon Lenovo nya yang sekarang sedang digunakan. Telefon tersebut sudah dekat 3 tahun digunakan. Saya fikir kini baterinya dah tidak bagus lagi, maka saya gantikan dengan set telefon yang baru. Dulu pun dia gunakan telefon saya.. kiranya recycle punya...

Kalau telefon tersebut tidak bermasalah, saya pun tidak akan ganti.. pakai sampai rosak.. haha

Anda boleh lihat proses pembelian di Lazada Malaysia yang mudah, cepat, dikemaskini sentiasa hingga saat kita menerima barang yang dibeli. Boleh rujuk turutan gambar di bawah.

Set telefon Lenovo Vibe S1 yang telah sampai dan dalam keadaan sempurna


1. Langkah pembelian online

  • Masuk website Lazada.my dan cari telefon yang anda mahu. 
  • Dah pilih, klik gambar phone/barang tersebut
  • klik ADD TO CART
  • klik CHECKOUT. 
  • Masa ni lah anda kena bayar. {sebelum tu LOGIN DULU ke lazada guna email yg dah daftar..} Ada banyak cara bayar. Nak COD pun boleh. Saya pernah buat COD, transfer dan guna kad kredit. Pilih cara kesukaan anda

2. Kemudian... »»»»» Print invoice dan resit urusan

3. Tak lama kemudian Lazada akan sent email. Confirm anda beli barang apa dan sebagainya...

Contoh printscreen:



Dari urusan email tersebut, anda boleh nampak tarikh mula berurusan. Dari 2 May 2017, kemudian dia kata beri masa 4 May - 8 May barang akan sampai. Tetapi pada 3 May 2017, barang dah sampai. Cepat kan? So... inilah sebabnya saya shopping dengan Lazada Malaysia. No worries..

 

Rupa kotak Telefon Lenovo Vibe S1 untuk sikecil saya yang berumur 10 tahun. Alhamdulillah.. dia suka. 


Saya berharap perkongsian cara shopping online di Lazada Malaysia di atas dapat memberikan anda manfaat dan kemudahan menggunakan perkhidmatan beli belah online secara tenang, dan santai.

Semoga dipermudahkan urusan anda ya..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close