Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sup Ikan Merah Ringkas Dan Sedap

Resepi Sup Ikan Merah Ringkas Dan Sedap. Dah lama saya tak makan sup ikan, last makan pun ketika berpantang dahulu. Bila musim panas macam ni, teringat pula dengan sup ikan yang segar tu, hihi..,

Ikan apa sedap buat sup ya? Banyak jenis ikan yang sedap di buat sup sebenarnya.. ada ikan merah my feveret fish, ikan jenahak pun sedap, ikan siakap, ikan kerapu dan banyak lagi. Ikan yang saiz besar tu yang sedap, bila saiz kecil lebih baik dimasak singgang. Itu pandangan saya je..

Resepi Sup Ikan Merah Ringkas Dan Sedap

Tak suka bau hanyir ikan? Ada caranya nak buang bau hanyir tersebut, antra salah satu caranya adalah dengan menggunakan cuka. Campurkan cuka dalam air dan rendamkan ikan di dalamnya seketika. Cuka dapat mengurangkan lebih kurang 50% bau hanyir ikan. Kemudian, bilas dengan air bersih untuk hilangkan bau cuka.

Resepi Sup Ikan Merah Ringkas Dan Sedap


Bahan-bahan:

3 keping ikan merah (ikan lain pun boleh) nak guna kepala sahaja pun boleh!!
1 sup bunjut ikan daripada adabi *
3 ulas bawang putih yang dimayang *
5 ulas bawang merah yang dimayang *
1 batang serai yang dititik / ketuk
3 kuntum bunga lawang *
3 biji buah pelaga *
3 biji cengkih *
1 batang kayu manis *
2 inci halia yang diketuk *
1 biji tomato yang dibelah empat
1 pokok daun sup yang dimayang
1 pokok daun bawang yang dimayang
1 pax perencah sup (dicampur air @ terus tabus atas minyak pun boleh)
Sedikit serbuk lada hitam

Cara Menyediakan Sup Ikan Merah Ringkas Dan Sedap 


Resepi Sup Ikan Merah Ringkas Dan Sedap
Sup ikan merah - ada yang suka dicampur dengan tomato dan kentang.
Ada juga yang lebihkan halia dan lada hitam. Ikut citarasa masing-masing.

1. Basuh ikan dengan air asam jawa atau lumur dengan tepung untk hilangkan hanyir, dan biarkan seketika, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda (*) sehingga wangi.

2. Masukkan air dalam 2 gelas / ikut kemahuan anda, setelah air menggelegak, masukkan ikan, masukkan garam atau perasa jika suka. tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi. sedia untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close