Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Popiah Goreng Bercili Langkah Demi Langkah

Resepi Popiah Goreng Bercili Langkah Demi Langkah. Macam-macam sekarang ni resepi moden dicipta. Semuanya nak buat innovasi. Ada keria antarabangsa, ada yang buat air jus lemon pudina dan banyak yang buat innovasi juga dengan mangga. Baguslah macam tu, jadi ada banyak variasi dalam makanan kita. Yang penting jangan membazir. Biarlah resepi baru yang kita cipta itu boleh dimanfaatkan sebaiknya. Jangan membazir makanan ya.. ingat tu..

Resepi popiah goreng bercili yang nak dikongsikan nanti bukanlah satu innovasi. Hihi... ia hanya resepi tradisi yang sedap dan yummy.. rasa enjoy menikmatinya. Setiap kali berkesempatan, saya pasti dapatkan popiah goreng bercili ni.

Resepi Popiah Goreng Bercili Langkah Demi Langkah
Gambar hiasan popiah goreng bercili


Resepi Popiah Goreng Bercili Langkah Demi Langkah


Bahan-bahan:

Bahan A untuk kulit:

Kulit popiah secukupnya
Minyak masak
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan air (dibancuh sebagai gam kulit popiah)

Bahan B untuk Inti:

200 gram udang (dihiris kecil)
1 batang lobak merah - dihiris kecil
1 mangkuk sengkuang - hiris halus
1/2 daun kucai - potongI pendek
1 labu bawang besar - diracik
1 ulas bawang putih - dadu kecil
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan C (Untuk sos)

2 sudu makan cili kisar
1 ulas bawang putih - ditumbuk hancur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bijan - sekiranya suka

Cara menyediakan popiah goreng bercili


Resepi Popiah Goreng Bercili Langkah Demi Langkah

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi

2. Masukkan udang dan lobak merah. Kemudian, masukkan sengkuang, daun kucai, dan garam. Kacau rata.

3. Apabila sayur lembut, tutup api dan tapis.

4. Letakkan inti popiah di tengah kulit popiah dan gulungkan hingga hujung seperti gulungan kuih gulung.

5. Gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.

6. Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana panas.

7. Apabila kekuningan, boleh angkat dan toskan minyak.

8. Panaskan minyak. Tumis cili dan bahan lain. Masakkan hingga masak dan pecah minyak.

9. Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan. Kacau rata dan angkat. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba resepi popiah goreng bercili yang sedap dan yummy ini!!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Resipi yang boleh membuat nafsu meningkat, terima kasih. Saya gembira untuk mencari resipi yang lazat dan lazat di sini, saya berharap anda boleh berkongsi lebih.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close