Dalam kunjung berkunjung ke rumah saudara sahabat handai, jagalah adab di hari raya. Jangan menimbulkan kesulitan kepada tuan rumah dengan ziarah pada waktu yang tidak sesuai. Hormatilah privasi mereka juga.
Doa Di Hari Raya Yang Sesuai Diamalkan Ketika Berziarah
Mari sama-sama kita amalkan doa yang sunat dibaca di pagi hari raya aidilfitri. Rujuk sumber untuk keterangan penuh.
Bismillahirahmanirrahiim...
الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
رَبَّنا انَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ امِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ انَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ.
اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار
Dihari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.
Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.
اللهمّ يا ربّ العالمين
Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
رَبَّنَا اتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. امِيْنَ يَا رَبَّ اْلعلَمِيْنَ.

Saya berharap agar perkongsian ini bukan setakat disini sahaja sebaliknya sama-sama kita amalkan terutamanya ketika berkunjung ke rumah saudara mara, bolehlah diamalkan doa di atas. Semoga silaturrahim bertambah erat. Bertambah muafakat umat Muhammad.
Insyaa Allah.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.