Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas

Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas. Ketam adalah sejenis makanan laut yang agak sukar ditemui dan kalau adapun ketam yang saiznya kecil dan kurang isi. Nak masak cili padi pun macam tak sesuai pulak.., nak ratah kurang isinya. Mengikut kata abang ipar saya, nak tangkap ketam kena ikut musim juga.

Ketam ada banyak jenis. Kat Malaysia ni, di antaranya ada yang dinamakan dengan ketam bunga, ketam biru, ketam batu, ketam renjong, ketam bulu, ketam minyak, ketam nipah, ketam bakau, ketam lumpur dan sebagainya. Ada yang boleh dimakan dan ada yang tak boleh, contohnya ketam nipah. Yang saya biasa beli ketam batu atau ketam biru.

Apakah masakan yang sesuai dengan ketam? Lemak cili padi? Atau kari? Tapi kami lebih suka ketam berlada yang dipecahkan telur sebiji dua.. sedap gitu..

Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas 


Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas
Gambar hiasan
Bahan-bahan:

2 ekor ketam saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
6 biji bawang merah*
4 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
Tanda * dikisar halus
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara Masak Ketam Berlada Kurang Pedas

1. Ketam dibersihkan, kerat kaki kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, ketam tu dikerat dua setiap ekor, kalau kecil, tak nak kerat pun tak apa...

2. Lap kering-kering dan lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warna jadi kemerahan. Angkat dan toskan.

3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

4. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api. 

5. Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan2 hiasan. Hidangkan segera... .

Kalau nak kurang pedas, anda boleh kurang sos cili tadi. Sebab dah ada lada kering, pun dah cukup sedap masakan ketam berlada anda. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

  1. Resepi masak ketam memang paling best Kak Nur, Terima kasih dah mahu kongsikan resep masakan pedas guna bahan ketam. Macam senanggg jeee macam nak cubaaaa jeee..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ketam. Ratah tanpa nasi memang puas makan!

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.