Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sotong Goreng Tomyam

Resepi Sotong Goreng Tomyam. Dah lama saya tak share resepi berasaskan sotong rasanya.. sebab kami pun jarang masak sotong di rumah. Selain harganya mahal, sotong juga bukan makanan kegemaran ahli keluarga. Jadi, memang jarang lah masak nya ya.. 😊😊
Resepi Sotong Goreng Tomyam
Gambar hiasan dari google

Resepi sotong kali ni adalah sotong goreng tomyam. Ingat tomyam, maka ingatlah juga resepi sotong yang nak dikongsi nanti ada guna daun limau purut dan serai. Haa.. tomyam kan ada serai.

Resepi Sotong Goreng Tomyam


Bahan-bahan:

Bahan A:

500 gram sotong
3 helai daun limau purut - dikoyak
3 biji cili merah - dihiris
3 tangkai serai - diketuk
1 labu bawang besar - dimayang
3 sudu makan jus limau nipis
Atau limau kasturi
5 tangkai daun ketumbar - dipotong pendek
2 biji tomato - dibelah empat
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B ditumbuk;

8 biji cili api
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara menyediakan Sotong Goreng Tomyam


Resepi Sotong Goreng Tomyam

1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk dan serai sehingga wangi

2. Masukkan sotong kemudian gaul rata. Gunakan api yang perlahan

3. Masukkan daun limau purut, cili merah dan bawang besar. Tutup api.

4. Masukkan tomato, jus limau, daun ketumbar dan garam. Kemudian kacau rata.

5. Siap untuk dibidangkan.


Read More ....


Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close