Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Senarai Alamat Jabatan Akauntan Negara Di Seluruh Malaysia Untuk Tuntut Wang Tak Dituntut WTD

Senarai Alamat Jabatan Akauntan Negara Untuk Wang Tak Dituntut WTD. Harian Metro menulis orang ramai 'menyerbu' Jabatan Akauntan Negara selepas tular mengenai Wang Tidak Dituntut (WTD).  Sebanyak RM5.779 bilion WTD masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sejak 1977 hingga 30 Jun lalu..

Apa itu Wang Tak Dituntut atau Unclaimed Monies? WTD adalah wang yang tidak pernah diambil empunya melebihi tempoh tertentu dan disimpan di Jabatan Akauntan Negara.

Kini, penduduk Malaysia yang rasa mereka ada akaun yang dah berzaman kat bank tapi lupa apa status, mungkin baki wang anda ada di WTD di Jabatan Akauntan Negara. Ok..  berapa lama duit yang tak dituntut akan dipindahkan ke WTD atau unclaimed monies? Jawapannya.. lebih 7 tahun ke atas. Itu ikut pengalaman masa kerja bank dulu.

Mengikut Jabatan Akauntan Negara, ada 3 jenis WTD iaitu 1 tahun wang yang tidak dibayar kepada pemilik, wang dalam kredit yang tak dikendalikan selepas 7 tahun dan wang dalam kredit akaun dagangan yang tidak dikendalikan selepas 2 tahun.

Cara-Cara Nak Tuntut WTD


Rujuk gambarajah di bawah...


1. Boleh dibuat pada bila-bila masa
2. Boleh dibuat di Jabatan Akauntan Negara di setiap negeri (alamat rujuk di bawah)
3. Waris boleh tuntut bagi pemilik meninggal dunia
4. Tiada tuntutan maksimum atau minimum
5. WTD tidak mempunyai tarikh luput
6. Akauntan Negara Malaysia dilantik sebagai Pendaftar WTD
7. Tuntutan online dijangka boleh dilakukan pada tahun 2018
8. Tuntutan akan dibayar dalam tempoh 3 bulan

Apakah dokumen yang dioerlukan untuk tuntut WTD?


Dokumen yang diperlukan cuma IC dengan Borang UMA-7. Contoh cara isi borang UMA-7 - rujuk sini

Senarai Alamat Jabatan Akauntan Negara Untuk Wang Tak Dituntut WTD


Jom tengok senarai alamat Jabatan Akauntan Negara yang dekat dengan tempat anda.

Perak, Kuala Lumpur, Selangor

Senarai alamat jabatan Akauntan Negara seluruh Malaysia

Negeri Sembilan, Melaka, Johor

Senarai alamat jabatan Akauntan Negara seluruh Malaysia

Kelantan, Terengganu, Pahang

Senarai alamat jabatan Akauntan Negara seluruh Malaysia

Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan 


Sarawak


Bagi anda yang ada akaun yang dormant lebih 1 tahun dan dah lebih 7 tahun tidak diketahui statusnya, anda boleh semak di Jabatan Akauntan Negara berhampiran anda. Mana tahu ada rezeki yang tersimpan di situ.

Jika kena menunggu lama, harap bersabar ya. Semua orang pun seperti anda, mereka menunggu jika ada hak mereka di situ.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close