SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN TUNTUTAN WTD
TUNTUTAN OLEH INDIVIDU
1. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
2. Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/ pasport pemohon bagi bukan warganegara.
3. Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
4. Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
5. Salinan muka hadapan buku akaun/ penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun ).
Nota:
Bagi Tuntutan WTD untuk Akaun Bersama (Joint Account) yang mempunyai syarat operasi tandatangan bersama:
** Tuntutan hendaklah dibuat secara bersama oleh semua pemegang akaun.
** Salinan muka hadapan buku akaun bersama (joint account) yang aktif serta disahkan oleh pihak bank tersebut (bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun.)
Contoh Cara Mengisi Borang Wang Tak Dituntut UMA-7
Anda boleh lihat print screen di bawah bagaimana caranya mengisi borang WTD UMA-7.
Sila klik pada gambar untuk besarkan...
Semoga perkongsian cara mengisi borang UMA-7 membantu anda mengisi maklumat yang diperlukan. Jika waris yang memohon atau menuntut WTD, kena bawa borang waris juga.
Post a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.