Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tunku Tun Aminah Puteri Tunggal Sultan Johor Langsungkan Perkahwinan 14 Ogos 2017

Tunku Tun Aminah Puteri Tunggal Sultan Johor Langsungkan Perkahwinan 14 Ogos 2017. Akhirnya terjawab sudah teka teki tarikh majlis perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor iaitu Tunku Tun Aminah.

BERITA HARIAN ONLINE melaporkan Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini.

Sedikit biodata Tunku Tun Aminah. Tunku Tun Aminah berusia 31 tahun (2017), yang juga Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah puteri tunggal daripada enam beradik, manakala pasangannya Dennis Muhammad, 28, yang berasal dari Lisse, Amsterdam, Belanda memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru.

Manakala, pasangannya Dennis Varbaas atau nama islamnya Dennis Muhammad Abdullah, dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan dengan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua dari tiga beradik.

Dennis, yang juga anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas, menerima pendidikan di Floretti College Hilego The Netherlands dan kemudian meneruskan pembelajaran di ROC Leiden, The Netherlands dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Tunku Tun Aminah Puteri Tunggal Sultan Johor Langsungkan Perkahwinan 14 Ogos 2017

Dennis, yang juga gemarkan bola sepak, pernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store dan Cafe. Dia kemudiannya bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers di Singapura.

Tunku Tun Aminah Puteri Tunggal Sultan Johor Langsungkan Perkahwinan 14 Ogos 2017


Gambar Tunku Tun Aminah Puteri Sultan Johor

Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli, berkata istiadat meletak kerja akan diadakan pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja.

Katanya, istiadat pertunangan akan diadakan jam 10 pagi pada 14 Ogos di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah manakala istiadat persandingan pada 8 malam di Bilik Singgahsana Istana Besar.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah melangsungkan perkahwinannya.

"Istiadat perkahwinan pasangan pengantin Diraja akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

"Sultan Johor berkenan mewakilkan Mufti Johor, Datuk Muhammad Tahrir Shamsuddin sebagai wali," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Abd Rahim berkata, majlis bersiram akan diadakan pada 15 Ogos di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin Diraja akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos. Majlis perkahwinan pasangan ini akan diadakan secara tertutup.

Selamat berbahagia kepada kaum kerabat diRaja Johor. Allah Selamatkan Sultan.

Read More ....


Post a Comment

12 Comments

  1. sama cantik sama padan..bagai pinang di belah 2...untung orang cantik dapat org ensem kan...

    ReplyDelete
  2. Sweet... Semoga bahagia selalu...

    ReplyDelete
  3. Tahniah diucapkan kepada bakal mempelai. InsyaAllah, akan dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,

    Dulu selalu ikuti sebarang majlis istiadat kerabat diraja perak...

    ReplyDelete
  5. cantiknye tun aminah.. semoga bahagia hingga ke syurga amin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, sama cantik sama padan. yang di tunggu2 oleh rakyat JDT, tahniah semoga majlis berjalan dengan lancar.

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  7. wah... Alhamdulillah... Semoga kekal berpanjangan dan bahagia. Tak sabar menanti perkahwinan diraja!

    ReplyDelete
  8. Seperti pinang dibelah dua..
    Sama cantik, sama padan..
    Okla tu, walaupun lelaki bukan kerabat, janji bahagia dan saling melengkapi

    ReplyDelete
  9. Sama cantik sama panad. InsyaAllah harap semua berjalan baik baik saja

    ReplyDelete
  10. Tak sabar nak tgok majlis besar besaran dia. Sure happening

    ReplyDelete
  11. Mesti anak dia cantik dan kacak nanti.

    ReplyDelete
  12. Sama cantik sama padan. Tak sabar nak tgk wedding of the year ni

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close