MAJLIS KHATAM AL-QURAN MOHON KEBERKATAN PERKAHWINAN DIRAJA
Satu Majlis Khatam al-Quran berlangsung di Istana Bukit Serene hari ini (13 Ogos) sempena Istiadat Perkahwinan DiRaja YAM Tunku Tun Aminah dan Encik Dennis Muhammad Abdullah esok.
Kredit the royal family
Tanggal 14 Ogos 2017 (esok) menjadi hari cukup bersejarah buat YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Encik Dennis Muhammad Abdullah.
Istiadat pertunangan Tunku Tun Aminah akan diadakan di Istana Bukit Serene disebelah pagi, diikuti dengan Istiadat Akad Nikah. Manakala, disebelah malam pula, pengantin DiRaja itu akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru.
“Selepas berkahwin, kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri,” kata YAM Tunku Tun Aminah.
Kesemua istiadat itu akan dijalankan dengan penuh adat istiadat dan budaya Diraja Johor, di mana pengantin perempuan akan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga, manakala pengantin lelaki mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.
#JohorDarulTazim
Gambar menarik YAM Tunku Tun Aminah Di Majlis Khatam Al Quran

Aduhai... cantik manisnya puteri raja kesayangan rakyat Johor ni...

Selamat berbahagia kepada YAM Tunku Tun Aminah.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.