Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cabaran SEO WCB Tentukan Siapa Lebih Pakar!

Cabaran SEO WCB Tentukan Siapa Lebih Pakar! Haii.. ini adalah amaran kepada pakar SEO di luar sana bahawa saya akan jadi pakar SEO sebenar jika saya berjaya dalam cabaran SEO WCB ini. Mudahnya bercakap tak semudah melaksanakannya. Biar berimpian untuk berjaya daripada langsung tak menaruh harapan. Cabaran demi cabaran akan saya tentangi dengan tabah demi mencapai kejayaan. Diharapkan saya mampu menggalas segala cabaran yang diberi satu persatu dan dapat pungut markah penuh dalam setiap tugasan. Cabaran SEO WCB bukan calang-calang, persaingan pasti datang dari setiap penjuru. Semoga ada rezeki untuk meraih kejuaraan.. hihi

Kalau nak tahu, saya telah dicabar oleh blogger XXXX dan untuk teruskan cabaran SEO WCB ini, saya perlu siapkan sebuah artikel bertajuk Cabaran SEO WCB Tentukan Siapa Lebih Pakar! Selain tu namanya pun cabaran, jadi saya nak cabar rakan blogger saya blog XXXXX untuk teruskan cabaran ini.

Apakah cabarannya? Bolehkah saya sahut cabarannya itu? Mampukah saya berjaya? Jeng! Jeng! Jeng!..

Cabaran SEO WCB Tentukan Siapa Lebih Pakar!

Saya dicabar untuk naikkan keyword utama iaitu "Kerja Sambilan Di Rumah" sahaja. Bila buat carian di Google, banyaknya carian untuk kerja sambilan di rumah. Yang pening bagaimana caranya nak naikkan keyword utama tersebut? Haa.. jangan pening jangan stress, kita jalan terus dan buat apa yang kita telah tahu. Ikut syarat dan peraturan.. insyaa Allah boleh berjaya naikkan keyword "Kerja Sambilan Di Rumah".

Cabaran SEO WCB Tentukan Siapa Lebih Pakar! 


Mencabar sungguh cabaran ini. Kita dicabar dan mencabar pula! Siapa yang cabar saya? Nanti saya beritahu. Saya nak cabar siapa pulak? Itu rahsia laa..

Cabaran SEO WCB ini dianjurkan oleh Blog Pakar SEO Tempatan

Hadiah kemenangan banyak tau, anda boleh layari pada pautan berikut kalau nak tengok hadiah tajaan yang lumayan berjumlah RM13,000!!  

Siapalah yang murah hati menaja wang hadiah kemenangan Cabaran SEO WCB, moga murah rezeki mereka hendaknya! Ni dia link penaja-penajanya... https://klmu.info/sponsors.

Pengalaman Sepanjang Buat Kerja Sambilan Dengan Blog


Buat kerja sambilan dengan blogging amat menyeronokkan. Itulah kenyataan ringkas saya. Nak kata ada pahit manis masam manis itu biasa. Mana ada kerja yang sentiasa berjaya, pasti ada jatuh bangunnya. Pada permulaan buat kerja part time sebagai blogger, saya langsung tak dapat hasilnya.

Saya mula menulis sikit-sikit, tak ada hala tuju dan tak konsisten. Saya tak tahu langsung ilmu nak naikkan entri kat Google atau di mana-mana enjin carian yang lain. 

Namun setelah saya cari ilmu dan buka minda secara luas, saya mula dapat income dari blog. Income pertama adalah dari Nuffnang. Itulah port pertama di tuju sebab prosesnya mudah. Dapatlah RM0.25 hingga 0.50 sehari dari klik yang datang. Itu pun dah bersyukur sangat. 

Lama kelamaan saya terapkan ilmu SEO hingga kebanyakan post saya di blog mendapat tempat pertama pada enjin carian Google. Kini, saya berbangga dengan income 4 angka sebulan hanya dari blog. Itu pun sebagai part time blogger atau blogger sambilan. Buat kerja dari rumah je. Kalau sempat waktu rehat saya akan update blog dari handphone. Income saya kebanyakannya dari Google Adsense, Publisher Mobicow, Adsterra dan masih juga dari Nuffnang.

Contoh income BLOG suku tahun kedua 2017:

Cabaran SEO WCB Tentukan Siapa Lebih Pakar!

Saya menyertai Cabaran SEO WCB ini sebab pihak penganjur memberikan training percuma sepanjang cabaran ini berlangsung. Sungguh beruntungnya saya! Mana nak dapat orang bagi training SEO hanya dengan PERCUMA. Antara kursus percuma yang diberikan adalah:

1. Pengenalan Keyword
2. Kajian Keyword
3. Pemasangan Blog Wordpress Dan Setting
4. Penulisan Dan Blog Copywriting
5. (TEKNIK LSI) Cara Buat Artikel Yang Mesra Google
6. Teknik Supercharge Onpage Linking
7. Social Network Powered Blog..

Nah, semuanya dah diberikan. Jalan dah ada.. bila nak mulakan? Jangan kata nanti dulu atau tak berani. Cabaran SEO WCB bukan sekadar cabaran membuta tuli tetapi cabaran SEO yang berilmu. Anda tak kejar anda rugi. Jangan selamanya jadi orang yang rugi.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Wow, hebatnya dapat jana 4 angka income dari berblog secara sambilan.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close