Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Kekalkan Pembaca Setia Di Blog

Cara Kekalkan Pembaca Setia di Blog. Pembaca yang setia amat berpengaruh buat sesebuah blog. Pembaca yang setia akan sanggup menyokong segala usaha dan aktiviti yang anda buat di blog. Dengan cara itu anda mudah mendapat peserta dalam setiap giveaway, contest dan sebagainya.

Pembaca setia akan selalu tinggalkan komen yang baik-baik di blog anda. Pembaca setia menjadikan follower media sosial anda penuh sesak dengan follower yang sama. Begitulah penangan pembaca setia blog.

Namun begitu, ada juga pembaca setia blog anda yang jadi pemerhati dari jauh. Mereka hanya suka singgah, cari maklumat, dapat maklumat yang dicari dan kemudian pergi. Tanpa meninggalkan kesan. Haha.. tetapi Google Analytics boleh trace jumlah pembaca atau pengunjung baru dan lama di blog.

Cara Kekalkan Pembaca Setia Di Blog


Cara Kekalkan Pembaca Setia Di Blog


1. Fahami minat mereka


Pembaca datang ke blog sebab apa? Kerana minat dengan anda atau suka cara tulisan anda? Kalau anda seorang jejaka kacak, blogger comel.. mungkinkah mereka minat personaliti anda dan bukannya apa yang anda tulis dalam blog. Dapat peminat macam ni susahlah.. haha.

Fahami minat pembaca blog anda. Kalau kebanyakan artikel resepi yang banyak pageview.. mungkin mereka berminat kepada koleksi resepi yang anda tulis. Begitulah sebaliknya.. jika anda tulis tentang sukan tanahair.. dan PV tinggi, tentu pembaca blog anda peminat sukan.


2. Tubuhkan group follower di Facebook


Buat group di FB untuk follower blog anda memang berbaloi untuk mengikat mereka stay setia dengan blog anda. Anda tulis baik atau merepek pun mereka like dan komen. Setiap kali ada entri terbaru, mereka akan segera tahu. Itulah kelebihan FB group untuk follower blog anda.

3. Fahami trend pembaca blog anda


Jika pembaca blog anda kebanyakan adalah wanita, apakah yang mereka cari dari blog anda? Mekap? Atau resepi? Atau fesyen terbaru di pasaran. Bagaimana nak tahu apakah trend masakini pembaca blog wanita? Nak tahu caranya, anda boleh buat undi atau poll untuk mereka jawab. Buat yang simple aje..

4. Buat Blog yang ringan dan kemas


Blog yang ringan dan kemas memang buat pembaca blog anda datang lagi untuk kesekian kalinya. Mereka akan kekal setia walau wujud banyak blog yang menarik dan popular.

5. Blog yang bermanfaat dapat mengekalkan kesetiaan pembaca


Kita hidup biarlah memberi manfaat kepada orang lain. Walau dalam blog, tulislah sesuatu yang membawa manfaat dan kebaikan yang luas. Pembaca setia yang mencari info dan manfaat sesuatu perkara, akan bookmark blog anda sebagai rujukan di lain waktu. Contohnya blog-blog Iluvislam, blog dakwah, blog berita... ramai betul yang bookmark dan ulang berkunjung setiap hari.

Cara Kekalkan Pembaca Setia Di Blog

Ada lagi? Banyak lagi yang boleh ditambah. Tetapi saya hadkan penulisan saya setakat ini. Saya pun tak pasti ada tak pembaca setia blog saya. Kalau pun anda setia atau tidak, datang dan pergi.. sesekali kembalilah ke blog aynorablogs.com ini. Tak lah blog ini sunyi sepi tanpa pageview nanti...

Selamat membaca...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Saya pun nak jadi Pembaca setia blog INI tetapi selalu je overlook

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close