![]() |
| Header blog terkini |
Publish 2655 Artikel Setakat November 2017
Setakat bulan November 2017, saya telah menghasilkan lebih 2655 artikel di dalam blog ini. Alhamdulillah.. so far saya tak pernah lagi mengalami "mental block" dalam dunia penulisan di blog.
Jika saya kekurangan idea atau bahan untuk ditulis, saya akan buat draf tulisan dahulu sedikit demi sedikit hinggalah entry itu dapat dipublish kepada pembaca.

Kebanyakan artikel yang dihasilkan lebih menjurus kepada perkongsian ilmu kebaikan seperti tazkirah, himpunan doa, renungan. Ada juga daripada minat wanita iaitu resepi, petua dan tips sihat. Tak lupa juga saya menulis dalam label motivasi. Inilah kemampuan dan keupayaan saya dimana saya menulis dari niche "wanita dan keluarga". Tagline blog saya adalah, INSPIRASI WANITA.
Secara puratanya saya menghasilkan 1 entri sehari. Itulah kesinambungan yang saya lakukan setiap hari. Dan, saya juga akan pastikan setiap tulisan yang dipublishkan menepati ciri-ciri SEO agar ia sentiasa relevan dalam setiap masa.
Jumlah Pageview Cecah 31 Juta
Setakat artikel ini ditulis, jumlah PV dah cecah 31 juta. Tak sangka pula saya boleh merasai jumlah pageview yang berjuta-juta selama dekat 7 tahun mengendalikan blog ini. Namun saya faham dan yakin bahawa blog ini tidak akan bertahan sejauh ini jika tiada pembaca setianya. Jika anda yang terbaca ulasan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih atas budi dan jasa anda yang menyokong aynorablogs samada dalam keadaan yang saya tahu atau sebaliknya.

Dengan kerjasama dua hala ini iaitu blogger dan pembaca.. maka terhasillah jumlah pageview yang berjuta jumlahnya.
Semoga sedikit coretan tentang blog dapat memberikan gambaran kepada pembaca di luar sana yang sentiasa mengikuti perkembangan aynorablogs. Terima kasih...


Tahniah kak. Auni punya blog pulak demam panas. PV tak naik2. Sedih sebab dah capai 80k sebelum, merudum turun 50k.. Doakan blog auni sihat kembali.
ReplyDeleteTerima kasih Auni. Jgn putus asa. Insyaa Allah ada kejayaan disebalik usaha yg tak pernah jemu..
Delete