Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosfurus, zat besi, beta karotin dan serat. Di katakan sumber serat atau fibre dalam labu mampu mengawal nafsu makan.

Resepi Bingka Labu Yang Sedap
Bahan-bahan:
2 biji telur
2 cawan santan (boleh guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir halus
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cawan labu- yang telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan untuk tabur di atas permukaan kuih

Cara Buat Bingka Labu Yang Sedap
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
2. Satukan bahan-bahan diatas kecuali labu yang di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yang telah di lecek, kacau hingga rata.
4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.
Nota:
Kalau tak nak blender labu pun tak apa. Sebab, nampak cantik tengok jalur-jalur labu yang tak hancur sangat masa kuih di potong.
Selamat mencuba resepi kuih bingka labu yang sedap. Lagipun sekarang ni bingka labu dah banyak dikomersialkan dan banyak di jual di kafe terkenal. Harganya pun melambung naik. Kalau nak makan puas-puas, buatlah sendiri. Buat labu kukus dan makan macam tu aje pun sedap, lagi berkhasiat.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.