Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri. Dalam entri terbitan kali ini, jom kita hayati cara-cara Rasulullah menjaga kesihatan diri. Daripada waktu kelahiran hinggalah kewafatan baginda Rasulullah memang dikenali sebagai insan yang amat mulia, disayangi ramai, lemah lembut dan cantik akhlaknya. Jadi, sebagai umatnya yang tak pernah berjumpa tetapi mengetahui tentang keistimewaan baginda.. kita wajib yakin kepada kewujudan baginda dan rasul-rasul yang lain.

Dalam urusan harian kita digalakkan menjalani kehidupan berdasarkan sunnah rasulullah, yang sememangnya banyak membawa kebaikan dalam jangka panjang dan melakukannya akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Antara aspek kehidupan yang digalakkan mengikut amalan sunnah adalah dalam urusan penjagaan kesihatan diri. Jom kita baca cara-cara penjagaan kesihatan diri mengikut ajaran sunnah Rasulullah.

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri


Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri

Dari gambar di atas, dapat disimpulkan bahawa ada beberapa cara yang Rasulullah lakukan untuk menjaga kesihatan diri..


1. Bangun sebelum subuh


Perbuatan bangun sebelum subuh bermakna kita dah terbangun ketika pukul 4.30 pagi untuk melakukan solat sunat tahajjud, membaca al Quran dan berzikir. Boleh baring sebentar sementara menunggu subuh.

Orang yang bangun pagi termasuk dalam senarai orang-orang yang didoakan oleh malaikat. Rasulullah bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut,’” (H.R. Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah).

2. Jaga kebersihan


Ketika terbangun awal sebelum subuh, boleh terus mandi dan membersihkan diri. Mandi awal pagi sebelum subuh membuatkan kita awet muda dan perjalanan darah jadi lancar dalam tubuh. Otak dan minda jadi cergas.


3. Tidak makan berlebihan


Rasulullah mengajar kita agar bersederhana ketika makan. Pesan baginda, berhenti makan sebelum kenyang. Kerana makan setakat keperluan kepada tubuh dan bukan kerana nafsu. Makan yang berlebihan hanyalah satu pembaziran dan ia adalah amalan orang yang kutang berilmu.


4. Gemar berjalan kaki


Rasulullah juga gemar berjalan kaki setiap masa. Antaranya, baginda akan berjalan kaki ke surau atau masjid untuk menunaikan solat setiap waktu. Rupa-rupanya ini adalah salah satu cara Rasulullah menjaga kesihatan dirinya.

Sebahaimana hadis riwayat dari Abu Hurairah, “Aku belum pernah melihat orang yang lebih baik dan lebih tampan daripada Rasulullah; rona mukanya secemerlang matahari, juga tidak pernah melihat orang yang secepat beliau. Seolah-olah bumi ini digulung oleh langkah-langkah beliau ketika sedang berjalan. Walaupun kami berusaha untuk mengimbangi jalan beliau. Tapi beliau nampaknya seperti berjalan santai saja.”

5. Tidak pemarah


Nabi pesan maafkanlah kesalahan orang lain kepada kita. Selalu orang kata, "Nabi sendiri ampunkan umat.. inikan pula kita orang biasa.." - itulah contoh yang menunjukkan Nabi Muhammad ini seorang yang sabar, tak cepat marah. Tubuh jadi sihat dan cergas bila hindari sifat marah.


6. Optimis dan tidak putus asa


Sentiasa optimis dan tidak boleh putus asa. Kerana Rasulullah sendiri mengambil masa berpuluh tahun mengembangkan syiar islam sewaktu pada zamanya. Optimis adalah selalu bersangka baik bahawa kebaikan akan berlaku pada masa mendatang.

7. Tidak iri hati


Rasulullah tidak ada perasaan iri hati dan dengki dalam urusannya dengan para sahabat dan pengikutnya. Sifat iri hati dan dengki merupakan penyakit hati yang boleh menyebabkan kesihatan diri terganggu.

8. Pemaaf


Nabi Muhammad seorang rasul pilihan Allah yang pemaaf. Dalam kejadian israk dan mikraj, Nabi Muhammad telah dibelah dadanya, dikeluarkan hatinya dan dicuci. Hingga tiada satu perasaan hasad dengki khianat iri hati dan segala kotoran hati telah dibersihkan.

Justeru, marilah sama-sama membuat perubahan drastik untuk mengubah cara hidup kita kepada arah yang lebih. Amalkan penjagaan kesihatan diri secara sunnah untuk mengejar ganjaran kebaikan di dunia dan akhirat.

Ingat ya.. dunia adalah ladang akhirat. Jagalah kesihatan diri sepertimana Rasulullah melakukannya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close