Tak mengapalah.. yang baik kita ikut. Demi kesihatan yang maksima. Kan..?
Berbalik kepada omelan saya tentang trend pengunjung blog dalam cuti sekolah.. jom baca ulasannya di bawah.
Trend Pengunjung Blog Pada Cuti Sekolah
Cuba lihat gambarajah di bawah. Ia adalah gambaran keseluruhan trend pengunjung blog pada cuti sekolah. Ada berlaku kemerosotan dalam jumlah pembaca yang online dalam sesuatu masa. Print screen ini saya lakukan pada sekitar pukul 1:00 petang, 5 Disember 2017. Dah cuti sekolah kan.. 😅😅😅

Daripada gambar di bawah, kebanyakan pengunjung blog melayari atau membaca blog melalui telefon. Semestinya telefon pintar la ya. Taburan pembaca datangnya dari seluruh dunia, tapi macam biasa yang banyak datangnya dari USA.

Trend pembaca yang berkunjung ke blog pula ada waktu tertentu. Dalam tempoh 24 jam, ramai yang berkunjung pada waktu siang. Bermula dari pukul 1.00 petang - 4:00 petang, kunjungan agak stabil. Mungkin ada yang melayari blog dari pejabat. Anggaran dalam sehari, ada lebih kurang 50 orang yang online dalam sesuatu masa.

Perkhidmatan amungs.com adalah percuma. Ramai blogger yang guna. Walau ada yang kata kurang tepat tetapi saya percaya data yang ditunjukkan sedikit sebanyak menjadi kayu pengukur kepada persembahan sesebuah blog.
Daripada data di bawah, dalam sehari semalam ada 8 imej dari aynorablogs.com yang disalin oleh pengunjung, setakat artikel ini ditulis. Jumlah perkataan yang disalin pula sebanyak 8,851 perkataan. Ini rasanya ada orang salin entry kita. Dan anda boleh lihat siapa yang copy data anda.

Selamat membaca kupasan saya tentang trend pembaca yang berkunjung ke blog pada cuti sekolah. Setiap blog berbeza trendnya kerana ia banyak bergantung juga apa niche yang kita bawakan.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.