Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

PRU14 : Contoh-Contoh Kertas Undi Yang Rosak/ Ditolak

PRU14 : Contoh-Contoh Kertas Undi Yang Rosak/ Ditolak. Persiapan dah dibuat. Lokasi mengundi pun dah tahu. Sewaktu artikel ini ditulis, saya belum tahu calon yang akan mewakili kawasan saya itu. Jadi, tunggu dan lihat dulu.

Kalau anda nak semak lokasi mengundi anda, baik buat sekarang. Jangan buat semakan last minute.. takut nanti anda tak dapat pergi mengundi pula. Ya lah.. mana tahu lokasi anda mengundi telah bertukar. Kadang-kadang kita terlupa yang kita telah menukar alamat kat IC kita..

Semak lokasi mengundi -

Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia! Tunaikan hak anda pada hari mengundi ini. Bukannya selalu kita mengundi dan tiada paksaan dalam mengundi...

Ketahui Contoh-Contoh Undi Yang Ditolak/Rosak


PRU14 : Contoh-Contoh Kertas Undi Yang Rosak/ Ditolak

Situasi di mana kertas undi rosak atau ditolak:

1. Anda pangkah di atas nama calon
2. Anda pangkah ke dua-dua ruang calon
3. Anda pangkah di antara kotak calon, pangkah tak betul-betul dalam kotak
4. Anda tidak buat simbol pangkah, sebaliknya membuat bentuk sesuka anda

Jadi kepada anda semua, jangan lakukan seperti gambar di atas. Jika sengaja mahu buat undi rosak, baik tak payah pergi mengundi. Betul tak?

Selamat mengundi!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments