Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Beli Rice Cooker Comel Dari DIY

Beli Rice Cooker Comel Dari DIY. Pergi DIY semalam cuma nak cari sedikit barang tetapi anak-anak soleh kami dah ambil satu unit rice cooker yang comel khas untuk masak nasi dengan kuantiti yang kecil seperti 2 pot sahaja. Dah lah comel, ringan Dan secara kebetulan sama warna dengan water heater kita orang yang dah beli dekat 5 tahun dulu. Memang kalau dah jodoh tak ke mana, kat dapur bertemu jua...



Beli Rice Cooker Comel Dari DIY


Rice cooker jenama DIY - tak mahal pun dan ada guarantee selama 1 tahun. Boleh lah.. dengan harga RM115, kita dah boleh elak pembaziran memasak berlebihan berbanding dengan periuk nasi yang agak besar kat rumah.

Beli Rice Cooker Comel Dari DIY

Beli Rice Cooker Comel Dari DIY

Fungsinya macam biasa, agak terhad di mana ia hanya untuk memasak nasi dan mengukus dalam jumlah yang sedikit. Katanya mini, tentulah yang comel-comel je boleh masuk ke dalam periuk nasi mini tersebut. Kapasiti hanya untuk 1.2 liter saja @ maksimum boleh memasak dalam 6 pot comel yang disediakan. Hehe.. memang dah boleh diet nasi ni 😂😂
Info Yang Anda Cari:
Beli rice cooker comel memang boleh elakkan kita membazir masak nasi berlebihan, kerana kalau dah setiap hari kena makan nasi goreng siapa yang boleh telan lagi. Nak buang sayang, kenalah buat sarapan yang sama setiap pagi. Jadi, dengan mini rice cooker - ia boleh elak kita masak lebih dari kebiasaan.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments