Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Hak Persaudaraan Dalam Islam

10 Hak Persaudaraan Dalam Islam. Dalam islam, seorang muslim mempunyai hak terhadap sahabat atau saudara muslimnya yang lain. Apakah hak-hak tersebut? Adakah hak tersebut masih diamalkan dalam kehidupan kita hari ini? Semoga apa yang saya kongsikan di bawah nanti menjadi ilmu dan pengajaran berguna kepada kita semua. Kita seharusnya mempertahankan sesebuah persaudaraan antara kita dengan sahabat kita hingga ukhwah itu disandarkan kepada ikhlas dan bersatu hati. Berbaik-baik dalam perbuatan yang terpuji dan sama-sama membenci perbuatan mungkar. Sebagai saudara muslim, kita kena menegur secara berakhlak sekiranya sahabat kita itu tersilap. Lantas, memaafkannya jika ia telah bertaubat. Itulah landasan persahabatan sejati. Bukan mengiyakan segala kemungkaran yang dilakukan oleh saudara kita itu. Wallahu'alam...

10 Hak Persaudaraan Dalam Islam
 10 Hak Persaudaraan Dalam Islam


10 Hak Persaudaraan Dalam Islam


SEPULUH HAK PERSAUDARAAN DALAM ISLAM. Hak yang mesti dipertahankan terutamanya dalam keadaan dunia sekarang persaudaraan semakin rapuh.

Asy-Syaikh Shalih bin Abdil Aziz Alu asy-Syaikh hafizhahullah menggariskan seperti di bawah:

Hak pertama:

Seseorang mencintai saudaranya karena Allah, bukan karena sebuah tujuan duniawi.

Hak kedua:

Seseorang memberi bantuan kepada saudaranya dengan harta dan jiwanya.

Hak ketiga:

Seseorang menjaga kehormatan saudaranya. Untuk menunaikan hak ketiga ini, ada beberapa bentuk:
◎ Engkau diam, tidak menyebut aibnya.
◎ Engkau tidak mempersoalkannya dalam hal yang remeh temeh
◎ Engkau menyimpan rahasia-rahasianya.

Hak keempat:

Engkau menjauhi sikap buruk sangka terhadapnya.

Hak kelima:

أن تتجنب مع إخوانك المراء والممارات ، والمراء له أسباب:
– يُظهر أنه لم يستسلم لوجهة النظر .
– الرغبة في الانتصار .
– عدم رعاية آفات اللسان.

Engkau menjauhi perdebatan dengan saudara-saudaramu.
Perdebatan memiliki beberapa sebab:
◎  Dia menunjukkan bahawa tidak boleh menerima (sebuah pendapat) karena memiliki sebuah sisi pandang.
◎ Dia ingin membela (pendapatnya)
◎ Dia tidak waspada dari penyakit-penyakit lisan

Hak keenam:

بذل اللسان لأخيك ، وله مظاهر :
– لا تكن شحيحا بلسانك .
– شكرُه على بذله .
– أن تثني عليه في غير حضوره .

Membantu saudaramu dengan lisan. Hal ini memiliki beberapa bentuk:
◎ Janganlah engkau kedekut dengan lisanmu.
◎ Engkau berterima kasih atas bantuannya.
◎ Engkau memujinya ketika dia tidak ada bersamamu.

Hak ketujuh:

Memaafkan kesalahan/ kekhilafannya.

Hak kelapan:

الفرح بما آتاه الله جل وعلا ، في المال والعلم والدين والصلاح.

Merasa gembira dengan apa yang Allah limpahkan kepadanya dalam hal ilmu, agama, dan kesolehan.

Hak kesembilan:

Ada sifat tolong menolong atau ta’awun antara dirimu dan saudara-saudaramu, dalam hal kebaikan dan kesolehan

Hak kesepuluh:

أن يكون بين أصحاب الأخوة الخاصة تشاور وتآلف فيما بينهم.

Ada musyawarah dan rasa kedekatan di antara orang-orang yang memiliki ukhuwah yang khusus.

10 hak saudara muslim antara satu sama lain. Hak persaudaraan yang patut dipertahankan walau apa terjadi. Kerana Allah SWT amat benci kepada orang yang memutuskan silaturrahim antara saudaranya.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Jangan silap guna hak ini...moga kita lebih saling menghargai satu sama lain...aamin.
    Terima kasih perkongsian...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close