Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Sup Cendawan Ala Thai

Resepi Sup Cendawan Ala Thai. Siapa suka makan sup cendawan? Saya suka juga tapi bukan yang macam kat Pizza Hut tu, saya suka sup cendawan ala Thai punya. Segar rasa bila dapat hirup sup cendawan ala Thai ni.


Resepi Sup Cendawan Ala Thai
Sup cendawan sedap juga dimakan cicah dengan roti gardenia. Sebagai sayur pun boleh, sebab sup cendawan ala Thai ni penuh dengan bawang holland dan cendawan tiram.. cukup selera makan dengan nasi putih dan telur dadar. Hihi..

Resepi Sup Cendawan Ala Thai


Bahan-bahan:

1 bungkus cendawan tiram
1 keping dada ayam - potong kecil
1 batang seleri - potong serong
1 biji bawng holland - hiris
2 ulas bawang putih - diketuk
5 biji cili padi - diketuk
Sedikit sos tiram
Bawang goreng
Serbuk perasa, jika suka
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara menyediakan sup cendawan ala Thai


1. Carik-carik cendawan tiram dan rendam seketika di dalam air kemudian ditoskan

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih, cili padi sehingga layu

3. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika. Masukkan dada ayam. Biar ayam empuk

4. Campurkan sedikit sos tiram biar kuah pekat sedikit.

5. Selepas ayam masak, masukkan cendawan tiram, batang seleri, garam dan sedikit serbuk perasa.

6. Apabila cendawan sedikit layu bolehla dimatikan api, dan sedia untuk dihidangkan.

Hiaskan sup cendawan anda dengan bawang goreng. Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments