Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Carilah Hatimu Dalam Tiga Perkara

Carilah Hatimu Dalam Tiga Perkara. Apakah tiga perkara itu? Tiga perkara yang diperkatakan oleh Imam al Ghazali adalah solat, baca al Quran dan ingat mati. Ada tak hatimu dalam tiga perkara tersebut? Bagaimana rasa hati bila terdengar azan. Adakah bergegas mengambil wuduk dan terus bersolat? Atau terus bersembang tanpa rasa bersalah? Jika ya.. maka check lah hatimu. Begitu juga tatkala waktu senggang, adakah kamu gunakan mata dan hatimu untuk membaca dan memahami al Quran? Jika tidak.. dimanakah hatimu? Tidak lagi mencintai al Quran? Adakah kerana Facebook, instagram, atau youtube lebih menggembirakanmu? Dan akhir sekali, ingat mengingatkan tentang kematian. Adakah kamu takut mati? Kamu angkuh umpama dunia kamu yang punya? Jika semua itu tak memberi kesan kepada hatimu.. maka hatimu ada masalah. Imam al Ghazali kata, jika kamu tak jumpa hatimu dalam 3 perkara itu... berdoalah agar Allah gantikan hati yang baru dan lebih baik.


Carilah Hatimu Dalam Tiga Perkara


Carilah Hatimu Dalam Tiga Perkara

Carilah hatimu dalam 3 perkara berikut iaitu:


1. Solat


Imam Ghazali kata.. jika kau tak temui hatimu untuk bersolat, jauh dari hendak menunaikan fardhu 5 waktu sehari, tak berasa apa-apa jika tak solat, maka hatimu ada masalah. Waktu itu kamu seharusnya sudah mulai risau jika hidayah Allah tidak lagi menjadi milikmu. Bersegeralah rawat hatimu, perbanyakkan mohon ampunan dan bertaubat sebelum terlambat.

2. Baca al Quran


Jika kamu sudah tidak lagi mengenal al Quran. Jika matamu sudah tidak lagi memandang bait-bait kalam Allah.. maka perbetulkanlah hatimu. Mohon agar Allah lembutkan hati untuk membaca al Quran. Memahami isi kandungannya dan hidup bersandarkan ajarannya. 

3. Mengingati Mati 


Adakah kamu takut mati? Tidak pernah dengar orang bercerita dan menasihatkan tentang kematian. Atau kamu begitu angkuh umpama kamu akan hidup selamanya? Na'auzubillah.. kerasnya hatimu. Bila ada sahabat mengajak untuk berubah, menghadiri ceramah dan majlis ilmu tetapi kamu menolaknya mengatakan umur masih muda.. maka takutilah akan hatimu! Takut jika hatimu telah hitam. Bersihkan lah hati dengan berzikir. Perbanyakkan istighfar. Makanan hati adalah zikrullah. 

Jika tak berjumpa di antara 3 perkara itu, berdoalah agar diganti hati yang baru. Inilah pesanan Imam al Ghazali.

Semoga kita semua menjadi hambaNya yang sentiasa dirahmati. Diberikan hati yang khusyuk dan tawadduk dalam melaksanakan amanah Allah kepada kita.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close