Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

PV Blog Cecah Lebih 33 Juta Dalam Tempoh 7 Tahun Aktif Berblog

PV Blog Cecah Lebih 33 Juta Dalam Tempoh 7 Tahun Aktif Berblog. Sejak bulan Februari 2018 blog ini menggunakan domain rasadantips.com, setelah beberapa tahun popular dengan nama aynorablogs.com. Pada awal berblog saya gunakan nama domain aynoranur.com. Bila lupa renew domain.. maka terkuburlah nama domain yang jadi pembuka ruang rezeki saya dalam dunia blog. Its okay orang kata.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dalam tak diam, jatuh bangun semula dalam dunia blog ni, dah 7 tahun juga saya berblog secara serius. Setiap hari saya akan displinkan diri untuk buat satu entry. Maka, secara purata saya akan menulis entry sebanyak 30 setiap bulan. Jadilah... hihi

PV Blog Cecah Lebih 33 Juta Dalam Tempoh 7 Tahun Aktif Berblog

PV Blog Cecah Lebih 33 Juta Dalam Tempoh 7 Tahun Aktif Berblog
Bacaan atau info dari blogger.com.

PV Blog Cecah Lebih 33 Juta Dalam Tempoh 7 Tahun Aktif Berblog

Anda boleh lihat entry paling popular saya sepanjang saya berblog, seperti laporan di atas.

Sumber trafik ke blog datangnya dari carian Google. So.. ada lah juga ciri-ciri SEO artikel yang saya tulis tu.. hihi, bukan nak mendabik dada.. sekadar nak tulis yang saya berpuashati dengan minat yang satu ini iaitu penulisan blog.

Antara niche penulisan yang mendapat trafik tinggi adalah:

● resepi
● family / parenting
● info pendidikan
● petua
● tips diet atau kesihatan

Walau apapun.. terima kasih di atas segala sokongan pembaca semua yang boleh menjadikan trafik blog saya mencecah angka jutaan.. insyaa Allah, jika diizinkan dapatlah rasa title jutawan.. haha

Saya amat bersyukur dengan minat menulis ini menjadikan blog tempat saya menyampaikan atau berdakwah. Maka, jika tulisan saya itu bermanfaat.. terharu sangat saya! Lihatlah apa yang saya sampaikan dan bukannya saya ni. Kerana saya bukanlah sesiapa.. serupa macam anda juga. Yang sehingga kini masih berjuang mencari dan merebut taufik dan hidayah Allah.. (inspirasi dari munafik2).

Okay.. terimalah blog ini seadanya. Terimalah saya seperti adanya.. seorang hamba yang sedang mencari redha TuhanNya.

Wallahu'alam.

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. hebatnya..kena belajar ni dr aynora bab naikkan pv blog..

    ReplyDelete
  2. wahhh hebatt hebatt! ohhhh ni blog aynorablogs ke? saya familiar dengan nama tu. hehehe.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close