Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Pasti Sedap

Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Pasti Sedap. Ada tak antara pembaca blog ni yang gemarkan lauk daging goreng kunyit? Kalau ada.. kita memang geng. Sebab.. saya pun suka masak lauk ni. Lebih-lebih lagi dalam bulan zulhijjah, ada majlis qurban. Banyak la dapat stok daging qurban. Maka.. dalam sebulan tu entah berapa kali masak lauk pauk berasaskan daging. Haha..

Ada satu masalah saya ni, macam mana nak lembutkan daging dengan cepat? Tak kisah daging lembu ke, kerbau, atau daging kambing.. stress tau saya dibuatnya. Ada macam-macam tips yang dicuba tetapi kebanyakan tak berapa jadi. Bila saya cuba rebus dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) jadi pulak, dalam 45 minit dah lembut. Lega rasa..

Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Pasti Sedap 


Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Pasti Sedap

Bahan-bahan:

500 gram daging
1 1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
7 biji bawang merah kecil, dihiris halus
3 biji bawang putih, dihiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong
1 cawan lobak merah yang dihiris nipis
100gram kacang panjang, dipotong panjang

Cara Menyediakan Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Pasti Sedap


1. Daging direbus seketul dalam rice cooker @ pressure cooker hingga empuk. Bila sudah masak, ketepikan.
2. Kemudian, hiris daging nipis-nipis, lumur dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekurang-kurangnya 20 minit.
3. Masukkan hirisan bawang merah kecik dan bawang putih, goreng hingga lembut. Masukkan pula hirisan bawang besar, kacang panjang, lobak merah dan hirisan cili merah.
4. Masukkan daging, goreng hingga daging sedikit garing. Gaul rata dan goreng hingga semua garing. Perasakan garam. Angkat dan hidangkan panas.

Selamat mencuba. Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang ni makan dengan nasi putih panas pun dah cukup. Nak tambah dengan kentang pun boleh..


Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. You need to take part in a contest for one of the finest sites on the
    web. I am going to recommend this site!

    ReplyDelete
  2. I needed to thank you for this great read!!
    I definitely loved every little bit of it. I
    have you book marked to check out new stuff you post…

    ReplyDelete
  3. Remarkable! Its truly awesome post, I have got much clear idea concerning from this post.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close