Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2018

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM Tahun 2018. Peperiksaan bertulis SPM tahun 2018 akan bermula pada 13 November 2018 . Selamat berjaya kepada semua calon SPM. Ingatlah.. anda membawa harapan para guru dan amanah dari ibubapa. Lakukan dengan terbaik. Fokus, sabar menghadapi soalan peperiksaan yang susah. Semoga anda semua diberikan idea dan ilham-ilham yang baik dan menjawab dengan betul sepertimana dikehendaki oleh skema jawapan.

Peperiksaan Bertulis SPM 2018 akan bermula pada 13 November 2018 dan berakhir pada 14 Disember 2018. Ada lebih kurang 1 bulan ia berlangsung.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2018

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM Tahun 2018


Saya sertakan jadual waktu peperiksaan bertulis sebagai rujukan kepada ibubapa dalam usaha memberikan semangat dan sokongan kepada anak-anak yang menduduki exam.

Klik Untuk Jadual Waktu - Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2018 

AMARAN PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang: 

1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Kenyataan Kemasukan Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. 

2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan. 

3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain. 

4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan. 

5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain. 

6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan. 

7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon. 

8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 

9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. 

Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:- 

1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan; 
2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan; 
3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.

Harap calon SPM 2018 dapat baca semua peraturan di atas dan tidak melakukan perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan. 

Selamat berjaya kepada semua calon SPM 2018! 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close