Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Chicken Wing Goreng Bersalut Dengan Telur Masin

Resepi Chicken Wing Goreng Bersalut Dengan Telur Masin. Resepi berasaskan ayam ni memang jadi keperluan dalam keluarga kami. Terutamanya bila ada anak kecil di rumah. Yang dia orang tahu menu berasaskan ayam je. Dari ayam goreng sampailah ke kari, sampai naik bosan si tukang masak ni.. tapi demi anak-anak, mak-mak sanggup buat apa saja. Redha dah..

Perkongsian resepi kali ni saya pinjam dari website Maggi Malaysia tapi ubahsuai sikit. Dari bahagian isi ayam saya tukar kepada kepak ayam. Harap anda suka mencuba resepi ini.


Resepi Chicken Wing Goreng Bersalut Dengan Telur Masin


Resepi Chicken Wing Goreng Bersalut Dengan Telur Masin


Bahan-bahan:

500 gm kepak ayam
1 biji putih telur, dipukul sederhana
1 sudu besar Sos Tiram
½ cawan tepung beras
1 sudu kecil Maggi CukupRasa
1/2 cawan minyak masak untuk menggoreng

Untuk sos telur masin:


1 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted butter)
1 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dicincang
Segenggam daun kari
2 kuning telur masin, direbus dan dilenyek
5 – 6 cili padi, dicincang
½ cawan susu sejat
1 sudu kecil MAGGI CukupRasa
2 sudu kecil gula
¼ sudu kecil tepung jagung, dicampur dengan 1 sudu besar air sebagai pemekat

Untuk hiasan:

2 – 3 cili padi, dicincang
3 – 4 tangkai daun kari, digoreng
2 – 3 sudu besar bawang putih goreng (jika mahu)


Cara Memasak Kepak Ayam Goreng Bersalut Telur Masin


1. Pukul telur putih dengan Sos Tiram dan perap kepak ayam selama 1 jam.

2. Gaulkan tepung beras dan MAGGI CukupRasa di dalam mangkuk sederhana, golekkan kepak ayam di dalam tepung dan angkat ke dalam piring lain.

3. Panaskan kuali, goreng ayam sedikit demi sedikit sehingga garing dan kuning keemasan. Toskan minyak dan biarkan seketika.

4. Panaskan mentega dan minyak masak di dalam kuali, masukkan bawang putih dan daun kari – goreng sehingga garing. Masukkan kuning telur masin, cili padi dan masak sehingga ia meruap.

5. Perlahankan api dan tambah susu sejat, MAGGI CukupRasa dan gula. Reneh seketika sehingga kuah memekat. Masukkan kepak ayam dan gaul sehingga kuah menyaluti semua bahagian ayam. Taburkan hiasan dan hidang.


Selamat mencuba. Kalau anda rasa resepi kepak ayam goreng bersalut telur masin ni sedap dan membuka selera anda... bolehlah share kat kekawan selepas mencubanya. Pasti nak cuba lagi.. haha

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close