Sebab itu, jika diri dilanda masalah dan halangan terhadap sesuatu. Luahkan kepada Allah.
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita samada urusan duniawi atau ukhrawi.
Doa Dipermudahkan Urusan Dan Kebaikan Dunia Akhirat

Ya Allah, berilah kemudahan dari setiap yang sukar. Sesungguhnya Engkau memudahkan dari yang sukar Itu bagiMu adalah mudah, dan aku memohon kepadaMu dari kemudahanMu dan limpahkanlah kebaikan di dunia dan akhirat.
Berharaplah hanya kepada Allah.
Jangan hilang harapan dan berbolak balik dalam mencapai cita-cita murni anda dalam jalan agama dan kebaikan.
Bermohonlah kepada Allah agar sentiasa permudahkan urusan kita walau sesukar mana jalannya.
Semoga Allah mengurniakan kita limpahan rahmat dan hidayahnya kepada kita.
Insyaa Allah.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.