Niatkan sedekah kepada diri sendiri ketika kamu dari lapar kepada kenyang, mendapatkan tempat tinggal dan kamu mampu membeli pakain sendiri. Selebihnya, bersedekahlah walau hanya sekadar dengan sebutir kurma!
Sedekah Mengikut Keutamaan, Maka Dulukan Dirimu
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bersedekahlah kalian", lalu seorang lelaki berkata Wahai Rasulullah aku hanya memiliki satu dinar, baginda menjawab: "Bersedekahlah dengannya untuk dirimu sendiri". Lelaki itu berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada isterimu". Lelaki itu berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada anakmu, " Lelaki itu berkata: Aku memiliki satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada pembantumu". Lelaki itu berkata: Aku memiliki satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Engkau lebih tahu siapa yang berhak engkau beri." - (HR Nasai No: 2488) Status: Hasan Sahih

Mengapa Diri Sendiri Jadi Keutamaan Untuk Bersedekah?
1. Rasulullah SAW menganjurkan agar kita bersedekah jika memiliki harta. Setiap yang dibelanjakan kepada orang lain, ia akan mendapat pahala sedekah.
2. Jika kita memiliki harta atau wang ringgit, belanjakanlah untuk keperluan mengikut keutamaan dengan panduan tertib menurut syariat:
i. Untuk diri sendiri dengan menunaikan hak tubuh badan seperti makanan, minum, pakaian dan keperluan lain yang wajib.
ii. Untuk isteri (keperluan isteri yang menjadi tanggungjawab suami yang wajib berbentuk nafkah seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain).
iii. Untuk anak (keperluan anak-anak seperti makan minum, pelajaran dan lain-lain).
iv. Untuk pembantu, pekerja atau sesiapa yang berada dibawah tanggungannya.
v. Mereka yang dirasakan layak dan berhak mengikut keutamaan.
3. Menurut Imam al-Nawawi, sedekah kepada diri sendiri bermaksud menggunakan harta untuk memenuhi keperluan hidup yang halal, seperti makan, pakaian, tempat tinggal, dan kesihatan. Ia juga bertujuan menjauhkan diri daripada meminta-minta dan bergantung kepada orang lain.
4. Sedekah yang paling utama ialah yang memberi manfaat paling besar, bermula dengan tanggungan terdekat yang wajib dipelihara. Dengan itu, sedekah yang baik bukan sekadar banyak, tetapi strategik dan penuh hikmah.
Info Yang Anda Cari:
6. Tanggungjawab terhadap keluarga tidak boleh diabaikan. Rasulullah SAW bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ
Maksudnya: “Cukuplah seseorang itu mendapat dosa apabila dia mengabaikan orang yang berada di bawah tanggungannya untuk diberikan nafkah.” - (Riwayat Abu Daud)
Ayuh bersedekah mengikut keutamaan kepada yang berhak dan bukan hanya kepada orang miskin tetapi termasuk nafkah dan keperluan keluarga. Utamakan dirimu barulah kepada keluarga terdekat dan seterusnya kepada seluruh ummah, terutamanya mereka yang tidak berkemampuan.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.