Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Anda Stress? Inilah Makanan Yang Boleh Kurangkan Stress

Makanan Yang Boleh Hilangkan Stress - Stress ke? Jangan selalu stress, hidup lah seadanya dalam keadaan bersederhana. Kenapa nak stress? Pasal kerja? Buat je semampu kita. Orang dengki? Biarlah.. Allah kan ada. Tak kaya-kaya? Rezeki kan dalam pelbagai bentuk sifatnya. Bukan setakat harta dan wang ringgit. Secara ilmiahnya.. stress datang sebab kita terlalu bersangka-sangka dan berharap jadi macam orang lain.


Bagi orang islam, rawatlah stress dengan terapi zikir. Itu memang mujarab. Kadang tu.. tengah zikir pun boleh rasa nak tidur. Sebab tu, zikir ni menenangkan.

Lagi satu, stress boleh juga dirawat dengan makanan. Apa yang kita makan pun boleh mempengaruhi tahap stress kita. Kalau banyak makan bersantan, berminyak.. mesti rasa tak selesa selepas tu. Kan? Tak caya anda cuba..

Makanan yang boleh bantu kurangkan stress
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

So, jom tengok apakah makanan yang boleh hilangkan stress, yang boleh membantu kurangkan tekanan yang kita lalui.

Anda Stress? Inilah Makanan Yang Boleh Kurangkan Stress


Disenaraikan sumber makanan yang boleh bantu kurangkan stress seperti di bawah:

1. Aprikot kering


Kaya dengan magnesium dan berkhasiat membantu menenangkan otot dari dalam.

2. Sumber kekacang


Membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Contohnya, kacang pistschio, kacang tanah dan sebagainya

3. Sumber ikan


Antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stress (hormon kortisol).


4. Susu


Membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan stress. Contohnya, susu rendah lemak, dan lainnya

5. Buah-buahan dan sayur-sayuran


Tinggi dengan anti oksidan membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Contohnya, epal, limau, pisang, anggur, sawi, kobis, daun bawang dan banyak lagi


6. Bijirin penuh


Kaya dengan vitamin B, dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan. Contohnya, roti, bijirin


Makanan yang boleh kurangkan stress seperti di atas amatlah mudah nak diperolehi. Makanlah untuk kesihatan dan kegembiraan. Jangan terlalu melantak hingga menyebabkan anda menanggug akibatnya selepas itu. Makan sederhana tetapi hasilkan hidup yang bahagia dan tenang. Tak stress lagi.

Buatlah sesuatu yang membahagiakan hidupmu selalu...

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Dark chocolate takdak dalam list ni? 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. tak ada kan? Sumber dari kementerian kesihatan tu.. kalau saya pun suka dark chocolate.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close