Header Ads

Azam Tahun Baru 2019 Penuh Impian


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Azam Tahun Baru 2019 Penuh Impian
Azam Tahun Baru 2019 Penuh Impian. Impian setiap orang yang paling ketara adalah hidup bahagia dan sihat. Ada orang ukur bahagia dengan duit dan material. Ada yang mengukurnya dengan kasih sayang dan tahap kesihatan. Itulah.. keperluan setiap orang kan berbeza. Begitu juga dengan azam. Setiap kali menjelang tahun baru, akan bersusun azam yang disenaraikan. Ada orang azamnya tinggi menggunung. Bagus tu.. orang kata "aim high". Ada pula bina azam sekadarnya, ikut kudrat. Tapi tak salah nak letak azam yang tinggi, paling tidak kita akan meningkatkan usaha berlipat ganda.

Jika tak dicuba mencabar kemampuan diri, sampai bila-bila pun kita tak akan tahu. Maka, berani kejar impian anda! Okay ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ˜˜

Macam saya, setiap kali buat azam tahun baru.. saya akan buat cabaran pada diri sendiri. Tak tercapai tak apa.. tapi usaha kena ada. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Azam Tahun Baru 2019 Penuh Impian


Azam Tahun Baru 2019 Penuh Impian

Oh ya.. azam tahun baru. Apa ya impian yang nak dicapai dalam tahun 2019 nanti? Adakah nak simpan duit banyak-banyak atau nak guna duit tunaikan impian?

Azam saya untuk tahun 2019 tak banyak..

1. Jadi seorang hamba yang taat
2. Membeli sebidang tanah untuk bina rumah ikut design sendiri.. hihi
3. Tunaikan umrah, moga dimakbulkan.. aamen

Tentang harapan dalam keluarga.. semoga Allah kurniakan kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan kami sekeluarga dalam menjalani kehidupan dan cabaran tahun 2019. Semoga Allah sentiasa kasihkan kami dalam setiap rencanaNya.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.