Header Ads

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak
Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak. Hari ini 29/12/2018 kami berempat bergerak ke Tangkak bagi menghantar hero bujang kami yang dah habis tempoh seminggu cutinya. Kami memulakan perjalanan sekitar pukul 3.00 petang. Kebiasaan kami mengambil masa 1 jam 45 minit untuk sampai ke Tangkak dari bandar JB.

Ke mana tujuan di Tangkak tu? Iya.. kami menghantar anak bujang kembali ke KMJ. Tempoh setahun dah nak habis. Insyaa Allah, akan habis di KMJ pada bulan Mei 2019 nanti.

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak
Gambar ehsan Google

Sepanjang hero bujang ni berada di Tangkak, hampir setiap bulan jugaklah kami menempuh jalan panjang ke Tangkak.

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak 


Kami sudah mengagak perjalanan akan jadi lambat kerana hari ni jatuh pada hari Sabtu. Iaitu cuti bagi pekerja swasta dan kerajaan. Sure, trafik akan jadi lebih sesak daripada hari biasa.

Sementelah, cuti sekolah dah nak habis. Inilah harinya paling sesuai untuk kembali ke tempat kediaman masing-masing. Hehe..

Sepanjang highway jalan agak okay, cuma kenderaan lebih banyak dari biasa..

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak


Yang memandu tu lah hero bujang saya, 18 tahun umurnya. Saya dan encik suami jadi boss besar di belakang.. haha

Keadaan di RnR Pagoh jugak agak sesak.. , berpusing-pusing nak cari parking.






Kami mengisi perut sebentar dan buat apa yang patut..

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak


Yang paling teruk adalah jam dalam bandar Tangkak. Kami tiba di KMJ pada pukul 6.30 petang, terlewat 1/2 jam dari waktu ditetapkan. Namun anak bujang kata, tak mengapa.. cuma kena denda tak boleh outing untuk tempoh tertentu.. hehe

Kami bergerak balik pada pukul 6.45 petang. Sekali lagi, rrafik agak perlahan..

Kami selamat sampai ke JB sekitar pukul 8.30 malam. Alhamdulillah.. selamat pergi dan kembali.

4 comments:

  1. Asalam bagus ya..kita ibubapa pun yakin dengan pemanduan anak sejauh tu. Etuza bila naik kereta anak yg memandu jadi tak tenteram..dah biasa memandu sendiri bila jadi penumpang lain macam saja hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena yakin Etuza, sebab ayahnya penat baru habis kerja. So, dialah pandu. Lagipun dapat lesen dah setahun.. oklah tu 😎

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.