Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mana Satukah Supplemen Minda Terbaik Untuk Anak Kita?

Mana Satukah Supplemen Minda Terbaik Untuk Anak Kita? Adakah anak-anak perlukan vitamin atau supplemen untuk otak dia orang? Jika ya, seawal umur berapa anak-anak dibolehkan mengambil vitamin minda? Mari kita terokai tentang persoalan ini dan mencari jawapannya bersama-sama. 

Untuk info, saya adalah seorang ibu yang memberikan makanan minda atau supplemen untuk otak kepada anak-anak saya sejak mereka berumur 5 tahun lagi. Mengapa saya mula dari umur 5 tahun? Kerana, anak-anak biasanya dah boleh berfikir dengan betul dan bercerita tentang cita-cita mereka sedari awal mereka memasuki pra-sekolah samada di tadika atau sekolah persendirian.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Mana Satukah Supplemen Minda Terbaik Untuk Anak Kita


Catatan berikutnya adalah berkaitan supplemen minda terbaik untuk anak-anak dan ia juga sebahagiannya berdasarkan pengalaman saya sendiri terhadap kedua-dua anak bujang saya.

1. Hi-Q Homoeopathy


Saya memberikan Hi-Q supplemen kepada anak saya sejak dari umur 11 tahun, sebelumnya saya memberikan supplemen jenama lain. Tetapi dek disebabkan resdungnya tidak membaik, saya tukar kepada supplemen ini.

Mana Satukah Supplemen Minda Terbaik Untuk Anak Kita


Cara makan: 

4 ke 12 tahun atas
– 1 biji pagi 1 biji malam

12 tahun ke atas
– 2 biji pagi 2 biji malam

Note : ubat ni tak da kesan negatif kalau ambil lebih

Untuk Anak yang tidak dengar kata : 
- 2 biji pagi 2 biji malam

- Perasa tablet ini adalah perasa original.
- Walaupun perasa original ramai kanak-kanak suka sebab rasanya manis dan sedap.

Kesannya:

1) Anak lebih fokus, bijak matematik, mudah bangun pagi, akhlaknya baik. Resdungnya hilang, mungkin sebab Hi-Q serasi dengannya. Tetapi anak sulung saya berhenti ambil supplemen minda bila dia start masuk Matrikulasi. Sekarang beliau melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang kedoktoran. 

2. Al Fateh Junior


Mana Satukah Supplemen Minda Terbaik Untuk Anak Kita

Al Fateh Junior sedap dimakan, macam candy gitu. Anak-anak pasti suka, kerana rasa dan warnanya yang menarik. Anak saya mula makan Alfateh Junior start dari umur 8 - 11 tahun. Tetapi setiap pagi dia masih bersin-bersin, mungkin sebab cuaca sejuk.


KEPENTINGAN FIBER JUNIOR UTK ANAK:


- Bantu anak mempunyai minda yang cerdas
- Kuatkan daya fokus anak sewaktu belajar
- Meningkatkan daya tahan badan supaya anak dapat belajar dengan baik
- Memberi tenaga kpd anak utk menjalankan rutin pelajaran
- Bantu anak mempunyai daya ingatan yang baik

3. G-star Kids 


Mana Satukah Supplemen Minda Terbaik Untuk Anak Kita

Saya belikan G-star kids untuk anak ketika dia berumur 6 tahun ke atas kerana ia berperisa coklat, jadi mudah nak suruh dia makan. Nak bagi anak makan supplemen ni, mak bapak kena main peranan.. sentiasa jaga jadual pemakanan dengan konsisten. Insya Allah, anak akan berubah sebagaimana kita inginkan.

Kelebihan GStar Kids:

-merangsang minda
-untuk kesihatan (1 tahun ke atas)
-60 biji tablet
-2 perisa (coklat dan buah)

4. Minda Aktif


Awalnya saya kenal supplemen untuk anak-anak adalah ketika hadir ke sekolah untuk mengambil buku penyata anak. Disitulah saya membeli supplemen untuk otak, iaitu Minda Aktif.

Mana Satukah Supplemen Minda Terbaik Untuk Anak Kita

Ia mengandungi Ekstrak Zafaran, Air zam-zam, kismis,madu Vitamin C dan E yang membantu meningkatkan kekuatan minda. Saya start bagi anak saya yang kedua ni, supplemen untuk minda seawal usia dia 5 tahun.

Anda boleh baca bagaimana kami berusaha membantu anak bongsu saya mendaki tangga demi tangga dari kelas tercorot hingga ke kelas A. Ia bukan kerja berseorangan tetapi sebaliknya sokongan keluarga amatlah penting!


5. Buah Kismis


Paling mudah untuk membina kekuatan minda anak-anak adalah dengan memberinya makanan sunnah yang sesuai dengan usia mereka iaitu kismis. Dari kecil memang kami biasakan anak-anak makan buah kismis 7 biji sehari. Asal pergi mana-mana, kami akan beli buah kismis. 

Alhamdulillah.. dengan izin Allah, anak-anak kami membesar mengikut yang kita inginkan dan juga sesuai dengan minat serta impian mereka.

Supplemen minda memang agak mahal kosnya, lagi-lagi bila kita kena konsisten memberinya kepada mereka. Tetapi, sebagai ibu bapa yang mahukan perubahan yang lebih baik untuk anak-anak, mengapa perlu berkira? Ketepikan perbelanjaan bulanan kita untuk membelikan supplemen minda kepada permata hati yang kita sayangi.

Insya Allah, anda tidak akan menyesal.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close