Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jangan Tidur Dalam Tempoh 1 Jam Selepas Subuh Kalau Nak Tahu Rahsianya!

Jangan Tidur  Dalam Tempoh 1 Jam Selepas Subuh Kalau Nak Tahu Rahsianya! - Saya kongsikan dari seorang pengguna FB yang mengupas rahsia di sebalik tak tidur selepas subuh. Kalau nak tidur kerana mengantuk, tidurlah selepas 1 jam subuh habis. Maksudnya, dalam tempoh 1 jam lepas subuh tu, kita buat sepertimana perkongsian di bawah nanti, anda akan tahu rahsianya dan nikmatnya. Ia akan mengubah kehidupan anda keseluruhannya.. cubalah!!

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.

Jangan Tidur  Dalam Tempoh 1 Jam Selepas Subuh Kalau Nak Tahu Rahsianya!

Jangan Tidur  Dalam Tempoh 1 Jam Selepas Subuh Kalau Nak Tahu Rahsianya!


Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.


1 jam kita buat semua ini, selepas solat subuh.. insyaAllah hidup akan bermakna. Tubuh anda akan rasa perubahannya. Rasa lain macam. Rasa cergas. Lebih tenang. Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.

Cuba pula bandingkan jika anda tidur bangun lewat dan langsung tak solat subuh? Apakah rasanya? Adakah rasa berserabut. Rasa nak marah aje? Kenapa hati rasa kosong? Sebab.. hati tak dapat terapi. Jiwa tak dapat makanannya. Apakah itu? Zikir dan ayat suci al Quran. Itulah makanan hati dan jiwa. Nak keseluruhan tubuh kita sihat luar dan dalam, lakukanlah solat fardhu dan solat sunat. Itulah ubatnya.

Cubalah. Mari kita cuba sama-sama. Mulakan dengan sedikit-sedikit, lama-lama nak tinggalkan sikit pun tak sampai hati. Terlalu sayang... terlalu rindu nak bercerita dengan Allah. Subhanallah..

#sweeterapi

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close