Header Ads

DOA ROBITHOH Atau Doa Pengikat Kasih Sayang


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. DOA ROBITHOH Atau Doa Pengikat Kasih Sayang
DOA ROBITHOH Atau Doa Pengikat Kasih Sayang. Ini adalah doa yang dikongsikan oleh seorang pengguna FB yang juga pakar dalam ilmu rumahtangga, iaitu doa pengikat kasih sayang namanya. Doa adalah kata-kata harapan seseorang dalam mencapai apa yang dihajatkan. Tak kira apa agama pun, kita percaya doa adalah salah satu cara mujarab merawat sesuatu musibah. Doa adalah cara kita menyatakan apa yang terbuku setelah kita puas sudah berusaha. Jika ada masalah, berdoalah mohon Allah selesaikan masalah kita. Bila sedang berbahagia, jangan berhenti berdoa juga agar Allah kekal dan tambahkan kebahagiaan kita.

Ingat ya.. jika nasib kamu berubah selepas berdoa dan berusaha.. maka jangan berhenti berdoa sekerat jalan je. Sewajarnya, lagi Allah bagi lebih dari apa yang kita minta, maka semakin kita rasa malu jika tidak berdoa lagi.

DOA ROBITHOH Atau Doa Pengikat Kasih Sayang


DOA ROBITHOH atau doa pengikat kasih sayang, jom usaha dan amalkan, mungkin ada salah satu doa kita Allah makbulkan. Berdoa itu percuma, tak perlu bayar pun.. berdoa juga adalah salah satu terapi untuk diri sendiri..

DOA ROBITHOH Atau Doa Pengikat Kasih Sayang

Ya Allah…
Engkau mengetahui bahawa
Hati-hati ini berhimpun kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk menegak dan mendaulatkan syariah-Mu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
Dengan makrifat pengetahuan yang sebenar tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Aamiinn…!

Panduan berdoa


Berdoalah pada masa-masa terluang, bukan hanya selepas solat. Lafazkan dengan jelas. Tika menyebut perkataan "hati-hati" atau "hati", pejamkan mata seketika dan bayangkan wajah pasangan atau mereka yg anda ingin satukan dalam hati anda. Dengan izin Allah, kasih sayang kalian akan bersatu dan bersemarak hingga ke akhir hayat, insyaAllah!

Pengalaman kes-kes:


Ada isteri yg dah luah benci nak tengok muka suami (memang tak pandang langsung dah muka suami masa sesi bersemuka dengan saya dan dah tinggal asing) dan ada suami yg dah keluar dari rumah sebab memilih wanita lain, dengan kesungguhan doa dan izin-Nya jua, mereka kembali bersama dalam tempoh 14 hari sahaja dan diizinkan berbahagia semula.
Usaha dan doa kerja kita, lakukanlah sebaiknya hingga Dia izinkan saat makbul pada masa terbaik ditentukan-Nya jua...

Semoga bermanfaat. Jika anda rasa doa Robithoh ini memberikan manfaat kepada anda dan dan orang sekeliling anda.. kongsikanlah agar ianya menjadikan kehidupan mereka juga berubah dari kurang baik kepada kehidupan yang lebih bahagia dan tenang.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.