Header Ads

Resepi Puyuh Goreng Sambal Yang Menyengat


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Puyuh Goreng Sambal Yang Menyengat
Resepi Puyuh Goreng Sambal Yang Menyengat. Dulu saya tak berapa pandai makan menu berasaskan puyuh, tapi yang selalu masak adalah telur puyuh. Telur puyuh tu walaupun saiznya kecil, tapi kandungan proteinnya tinggi tau.. jadi, makan kena bersederhana. 

Daging burung puyuh banyak khasiatnya. Anda boleh baca infonya di bawah, baca hingga habis. Pada awal ini, saya akan share resepi puyuh goreng sambal yang sedap dan menyengat, yang boleh dijadikan lauk untuk hidangan keluarga.

Resepi Puyuh Goreng Sambal Yang Menyengat 


Gambar sumber Google
Bahan-bahan

10 ekor burung puyuh, digoreng
150 gram minyak untuk menumis
50 gram bawang merah, dikisar
30 gram cili hijau, dikisar
10 gram cili padi merah, dikisar
5 gram serai, dititik
10 gram serbuk kari
5 gram serbuk kunyit
15 gram serbuk perisa
5 gram daun gelugur
Garam dan gula secukupnya

Langkah-langkah menyediakan Puyuh Goreng Sambal


1. Panaskan minyak, masukkan campuran bawang merah, cili hijau dan cili padi merah yang dikisar ke dalam periuk.

2. Kacau sehingga naik bau kemudian masukkan serai.

3. Masukkan serbuk kari dan kacau sebati.

4. Apabila rempah sudah masak masukkan burung puyuh. Kacau sehingga kuah rata.

5. Masukkan serbuk perisa dan hirisan daun gelugur, kacau sehingga daunnya lembut.

Selamat mencuba!

Seterusnya, jom baca info dan khasiat burung puyuh yang anda perlu tahu...

Khasiat burung puyuh!


1. Baik Untuk Diet


Manfaat makan daging puyuh yang pertama iaitu baik untuk diet. Daging puyuh memiliki tekstur daging yang lembut dan sedikit berserat. Selain itu daging puyuh memiliki kandungan lemak tak tepu sehingga anda tidak usah ragu-ragu lagi dalam makan daging burung yang satu ini. Lemak tak tepu sangat baik untuk mencegah kolestrol yang mengakibatkan penyempitan sel dalam darah dan dapat menimbulkan penyakit jantung. Lemak tak tepu juga sangat baik sebagai menu diet untuk menurunkan berat badan.

2. Mencukupi Keperluan tenaga


Manfaat makan daging puyuh lainnya, adalah mencukupi keperluan tenaga untuk tubuh. Burung puyuh juga mempunyai kandungan vitamin B2 yang mampu mengubah karbohidrat menjadi gula. Seperti yang telah diketahui bahawa gula sebagai bahan energi alternatif yang diperlukan oleh tubuh.

3. Memperkuat Tulang Manusia


Makan daging puyuh juga dapat memperkuat tulang manusia. Kandungan fosfur dan kalsium di daging burung puyuh sangat bermanfaat guna menjaga tulang agar tak reput sehingga tidak terjadi osteoporosis.

4. Mencegah stroke


Daging puyuh juga dikatakan boleh mencegah stroke. Stroke merupakan penyakit yang disebabkan oleh gangguan pembuluh darah pada otak. Penyakit stroke umumnya dipicu oleh tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh penyempitan pembuluh darah, stroke hingga gangguan pada jantung. Stroke termasuk penyakit yang boleh menyebabkan kelumpuhan atau bahkan kematian. Maka dari itu, penyakit ini harus dicegah sedini mungkin, salah satunya yaitu dengan memakan daging burung puyuh. Hal ini disebabkan daging puyuh mampu melancarkan kembali peredaran darah.

#sumber Google

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.