Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

12 Senarai Persiapan Untuk Majlis Perkahwinan Gemilang Dan Berjaya

Senarai Persiapan Untuk Majlis Perkahwinan Anda. Nak buat majlis perkahwinan bukannya makan masa sehari dua, paling tidak sebulan dua, itupun jika guna wedding planner berpengalaman. Kita cakap je, dia buat untuk kita dari awal sampai akhir. Yang penting kita sediakan fulusnya.. hehe

Namun, bukan semua keluarga dan bakal pengantin suka serah bulat-bulat pada wedding planner. Ada yang suka buat sendiri secara perlahan-lahan dari seawal 6 bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Lebih-lebih lagi jika kita hanya ada anak seorang dua yang mahu dikahwinkan. Betul tak mak bapak?? Haha..

12 Senarai Persiapan Untuk Majlis Perkahwinan Gemilang Dan Berjaya
Pelamin unik

Senarai Persiapan Untuk Majlis Perkahwinan Anda


Mari semak senarai 12 persiapan majlis perkahwinan yang boleh suksess dan gilang gemilang namun dalam masa sama tidak mengabaikan keberkatannya.

1. Daftar kursus kahwin


Dalam negara kita, setiap pasangan muslim yang nak berkahwin kenalah hadiri kursus kahwin dahulu. Kalau ada masa, hadiri kursus kahwin lebih awal adalah lebih bagus, taklah buat saat-saat akhir je sebab ada banyal benda lagi yang nak diuruskan menjelangnya hari perkahwinan anda. Kalau tak silap saya, sijil kursus kahwin tu laku dalam tempoh 3 tahun.. 

2. Tetapkan tarikh nikah dan majlis


Tetapkan tarikh nikah dan majlis berlangsung lebih awal, ada yang tetapkan terus waktu datang meminang atau ketika majlis pertunangan berlangsung. Samada 1 tahun hidup atau sebagainya, kena ada tarikh. Jika tidak pasangan tak boleh anggarkan tarikh mulakan persediaan mereka.

3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan


Bila dah ada tarikh pernikahan dan majlis, dah boleh mula sediakan dokumen yang diperlukan untuk menghadap orang pejabat agama. Bersedia fizikal dan mental sewaktu menyerahkan borang pernikahan anda, mungkin ada temuduga yang akan dilakukan. Dalam tempoh pertunanganlah anda dan pasangan kena bersedia ilmu dunia dan akhirat sebagai persediaan menjadi ibubapa pula pada satu masa nanti.

4. Medical Check up dan HIV test


Medical checkup ni penting. Zaman sekarang banyak sangat penyakit berjangkit yang berisiko memudaratkan pasangan bila berkahwin kelak. Sebab tu sejak berpuluh tahun dulu kerajaan Malaysia dah tetapkan bakal pengantin menjalani medical check up dan HIV test kepada mereka yang nak berkahwin. 

5. Tentukan tema majlis anda


Berbincang bersama keluarga apakah tema yang anda mahukan. Contohnya anda peminat kucing.. mungkin anda nak buat tema hello Kitty? Siapa tahu kan? Nak lebih murah, buat tema kampung dengan semuanya dibina dari alam semulajadi.. unik kan? Apapun.. pilihan di tangan anda.

6. Beli barang hantaran


Seterusnya, beli barang hantaran. Ada pusat perniagaan yang menjual barang hantaran dan perkahwinan, kalau di Johor yang terkenal tentulah di Ayer Hitam. Macam-macam ada.. kalau nak grand sikit, cari di butik-butik perkahwinan. Waktu ketika ini anda sepatutnya dah merancang berapa dulang hantaran pihak lelaki dan perempuan, tema warna dan sebagainya. Beli apa yang anda akan guna selepas kahwin pun bagus seperti jam tangan, beg, kasut, alQuran dan banyak lagi.

7. Cari atau survey cenderahati dan bunga telur


Dalam perkahwinan melayu, biasanya ada bunga telur. Tak banyak pun, sikit pasti ada. Ia menambahkan keceriaan majlis perkahwinan itu sendiri. Beli cenderahati dalam kadar yang sesuai dengan bajet anda. Jangan membazir.

8. Gubah barang hantaran 



Bagi ibubapa yang baru mengahwinkan anak buat pertama kalinya, mereka pasti teruja nak gubah hantaran sendiri. Seperti ibubapa saya dulu, kakak sulung nak berkahwin, kami akan menggubah sendiri. Boleh ikut contoh gubahan dalam Google.. haha..

9. Tempah jurunikah atau tok kadi


Yang ni penting, bila semuanya dah tersedia, jangan dilupa orang penting dalam urusan majlis perkahwinan anda. Dialah orang terpenting. Iaitu TOK KADI. Tak ada tok kadi, apa pun tak jadi. So, kena tempah awal-awal terutamanya jika anda melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah.


10. Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu


Ya! Tetapkan bilangan tetamu yang nak dijemput supaya senang nak bajet jumlah hidangan yang nak dimasak. Berapa pack atau set makanan dan cenderahati nak disediakan, itu semua kena setup awal-awal.

11. Tempah dan cetak kad jemputan


Kad jemputan dan senarai nama kenalan, sahabat handai, rakan lama dan sebagainya.. haruslah dihuat sedikit demi sedikit ketika ingat sejak dari seawal 6 bulan lagi. Lama kelamaan senarai tersebut akan panjang berjela, jangan risau. Mungki anda boleh cetak kad jemputan khas dalam jumpah tertentu dan jemputan guna media sosial kepada yang jauh di mata. Itu lebih menjimatkan. Tentulah kad jemputan khas kepada mereka yang istimewa dalam kehidupan kita, biasanya jiran setaman, rakan sekerja, dan sebagainya.

12. Tempah jurugambar dan videographer idaman


Akhir sekali, jika ada duit lebih bolehlah ambil pakej jurugambar dan video perkahwinan sekali. Bula ada menggunakan khidmat wedding planner, mungkin semua termasuk dalam pakej yang anda pilih. Berhati-hati dengan pilihan anda, takut ia tak seperti yang diharapkan. Kalau anda DIY, cari kawan yang pandai mengambil gambar dan video.

Alhamdulillah. Selamat sudah majlis perkahwinan anda yang gilang gemilang dan penuh keceriaan. Manfaatkan senarai 12 persiapan perkahwinan yang dikongsikan di atas bagi anda yang memerlukan panduan. Semoga majlis berbahagia anda semua diberkati olehNya.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Nice post. I was checking constantly this blog and I'm impressed!
    Extremely useful information particularly the last psrt :) I
    care for such info much. I was looking for this particular info for a very long time.

    Thank you and good luck.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close