Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ciri-Ciri Orang Yang Riya'

Ciri-ciri orang yang riak .., semua orang pun tahu ucapkan perkataan riya' dan tahu perbuatan tersebut tak bagus. Riya' ni banyak kesan tak baik daripada baiknya. Maka, apabila nak kongsikan sesuatu, fikir balik apa perasaan orang yang tak dapat apa yang kita ada. Tak semua orang direzekikan benda yang sama macam kita. Maka, tanamkan sikap bertimbangrasa dalam perbuatan kita. Insyaa Allah, hidup lebih tenang dan aman damai.


Ciri-ciri orang yang riya'


Jom lihat senarai yang berkenaan. Orang yang riya' ni, dia buat semua untuk tunjuk kat orang. Jika orang tak nampak, dia tak buat semua tu.. buat tak bersungguh. Buat sesuatu sebab nak pujian.

Ciri-Ciri Orang Yang Riya'

3 ciri orang yang riya'


1. Apabila bersendirian, maka ia menjadi pemalas
2. Apabila berada di tengah-tengah orang, ia semakin bertambah semangat
3. Meningkatkan analnya jika dipuji, dan akan mengurangi amalnya jika dicela orang

Itulah ciri orang yang riya' menurut pendapat Ali bin Abi Thalib RA.

Zaman sekarang ni nak nampak tentang ciri orang yang riya' adalah mereka yang sering menunjuk-nunjuk di laman sosial. Bukanlah semuanya.. tetapi selalu jumpa. Ada pula siap kata sengaja nak tunjuk riya'. Tak baik tu..

Memang ada orang kata.. nak tunjuk atau tidak itu hak masing-masing. Tetapi perbuatan begitu adalah tidak baik kerana kita tak tahu hati manusia lain. Adakala ia boleh mengundang fitnah dan perbalahan, ada juga perkongsian kita menunjuk makanan sedap-sedap boleh pula mengundang kesedihan orang lain yang tak mampu.

Maka, berpada-padalah. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close