Header Ads

Dosa Itu Meresahkan Hati, Istighfarlah Penawarnya


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Dosa Itu Meresahkan Hati, Istighfarlah Penawarnya
Dosa Itu Meresahkan Hati. Bila disebut dosa, pasti kita semua manusia yang tak pernah lari dari melakukan dosa. Berbuat jahat mendapat dosa. Meninggalkan suruhan Allah pun dapat dosa. Dosa itu sentiasa meresahkan hati, walau secara zahirnya kita happy, kaya, dapat apa yang kita minta.. pasti pada ketika kita keseorangan, ada terdetik sesuatu yang meresahkan kita. Hati tak tenang. Terfikir jika segala dosa dan aib kita Allah bukakan. Rasa bersalah sepanjang masa.

Orang yang berdosa bukan sahaja takut pada diri sendiri tetapi pada orang lain juga. Resah atas dosa sendiri apatah lagi dosanya kepada orang lain. Sedangkan Allah melihatnya setiap saat.. dah tentu ia meninggalkan tekanan dalam diri yang hanya dia sendiri merasainya. Bila tak tenang wajahnya tak berseri. Itu antara kesannya akibat banyak melakukan dosa!

Dosa Itu Meresahkan Hati, Istighfarlah Penawarnya


Dosa Itu Meresahkan Hati


Dosa memang meresahkan hati. Hilang ketenangan yang dirasai selama ini. Menipu pun dosa. Rasuah pun berdosa. Aniaya orang lagi berdosa. Hinggakan Allah bagi kekebalan kepada orang yang teraniaya dengan memakbulkan setiap doa-doanya.

Tanda Hati Dijangkiti Dosa



1. Tak minat berbuat baik
2. Tak minat beribadat
3. Tak boleh ditegur kesalahannya
4. Hasad dengki kepada orang lain
5. Suka benda melalaikan hingga tak boleh ditegur

Cara nak hapuskan dosa-dosa kita


1. Taubat nasuha, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan menyesali dosa-dosa kita yang lalu

2. Menunjukkan usaha kita untuk bertaubat dengan meninggalkan terus segala larangan Allah dan mengerjakan segala suruhanNya

3. Perbanyakkan bersedekah tanda kita berkongsi rezeki dengan mereka yang susah sambil mengajarkan hati untuk ikhlas dan redha

4. Beristighfar. Banyak istighfar melembutkan hati yang keras dan panas. Dengan perbanyak istighfar kita memperoleh ketenangan hati yang tak terkira. Diberikan rezeki yang tak disangka-sangka. Dengan istighfar Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

"Jika kamu tak mampu bersaing dengan orang SOLEH dalam amalnya, bersainglah dengan PENDOSA dalam istighfarnya."

Dosa memang selalu meresahkan hati. Malam siang ada saja yang dikerjakan rasa tak selesa, macam ada yang tak kena. Sebab apa? Sebab hati sentiasa dibayangi rasa bersalah. Kepada diri sendiri, kepada orang yang kita aniayai atau zalimi dan terutamanya rasa takut dan bersalah akan balasan Allah Taala.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.