Header Ads

Resepi Sup Ikan Merah Style Orang Bujang


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Sup Ikan Merah Style Orang Bujang
Resepi Sup Ikan Merah Style Orang Bujang - Uishh!  Dah lama benar saya tak share resepi dalam blog. Banyak dah resepi yang saya share tetapi tetap nak share juga resepi sup ikan merah ala orang bujang yang tersangatlah mudah. Kenapa resepi ala orang bujang. Sebab nak buat sup ikan yang paling mudah dan ada sesetengah bahan yang kurang lengkap tetap masak jugak. Maksudnya, resepi main campak-campak je. Okay.. ✌✌

Resepi Sup Ikan Merah Style Orang Bujang

Resepi Sup Ikan Merah Style Orang Bujang

Resepi Sup Ikan Merah Style Orang Bujang


Bahan-bahan:

Ikan merah 2 potong, bahagian badan atau kepala, tak kisah
1 ikat rempah sup bunjut adabi
3 ulas bawang putih yang dimayang*
5 ulas bawang merah yang dimayang*
3 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
3 biji cengkih*
1 batang kayu manis*
2 inci halia yang diketuk*
1 biji tomato yang dibelah empat
1 cawan lobak merah - potong ikut suka
1 pokok daun sup yang dimayang
1 pokok daun bawang yang dimayang
1pax perencah sup (dicampur air @ terus tabur atas minyak pun boleh)
Minyak untuk menumis

Cara Buat Sup Ikan Merah Style Orang Bujang


1. Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda sehingga wangi


2. Masukkan air dalam 2 gelas /ikut kemahuan anda, setelah air menggelegak, masukkan ikan
masukkan garam atau perasa jika suka. Tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato/ lobak.. jika suka.

3. Tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi. 


Siap dah sup ikan merah style orang bujang yang simple dan cepat. Sedap pun iya.. menyihatkan tau. Saya pun kadang-kadang masak sup ikan merah pakai campak bahan yang ada, yang penting sup bunjut adabi tu tak tinggal..

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.