Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Senarai Makanan Untuk Elakkan Cyst

Senarai Makanan Untuk Elakkan Cyst. Ramai yang dah tahu dan sedar akan kewujudan sejenis ketumbuhan yang dipanggil Cyst. Bila dengar Cyst je, kita bayangkan wanita. Kerana, secara dasarnya ramai yang kena Cyst adalam kaum hawa. Cyst tumbuh disebabkan pemakanan. Apa yang kita makan, itulah gambaran kita. Ramai kawan-kawan saya yang mula mengamalkan eat clean untuk kesihatan tubuh badan juga. Saya pun suka ikut cara makan macam ni, sederhana tapi berkhasiat. Jangan perlekehkan jika ada kawan yang mengajak diet sihat atau eat clean. Ia memang amat bagus untuk mengelakkan dari terkena penyakit yang pelik-pelik pada zaman ini..
   
Penyakit Cyst adalah ketumbuhan yang mengandungi cecair sama ada air, cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak, dan lendir. Ia juga boleh disertai dengan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain.

Ada beberapa jenis Cyst antaranya functional Cyst, Endometrioma, Cystadenoma, Dermoid Cyst, Polystic Ovari.

Senarai Makanan Untuk Elakkan Cyst

Tanda-tanda seseorang terkena penyakit Cyst adalah muntah dan loya, sakit perut, sukar atau kerap kencing, sakit ketika berhubungan kelamin, rasa berat pada ari-ari dan sukar mengandung. Jika anda ada tanda-tanda seperti di atas, dapatkanlah nasihat dari doktor.   

Senarai Makanan Untuk Elakkan Cyst


Makanan yang di galakkan
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang – kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang – badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran – kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan – Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yang harus di elakkan 


Senarai Makanan Untuk Elakkan Cyst
makanan dalam tin haruslah dielakkan
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa – pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis – kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera – burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan – cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST


Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose. Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen. So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doktor ada bagitahu saya yang semua wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

##Evening primrose oil
**Info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak itu mendapat kanser. Then, mengikut kajian ke atas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni, jadi kalau tak yakin dengan fungsi sesuatu ubat atau supplement, baik stop kan pengambilannya.

2.) Ayam. Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela. Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) KAWAL PEMAKANAN Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close