Header Ads

Takutlah Bila Iman Semakin Lemah...


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Takutlah Bila Iman Semakin Lemah...
Bila Iman Semakin Lemah... apa yang perlu kita buat? Adakah buat tak endah atau anda dah rasa tak sedap hati, tak tenang jiwa? Jika ya, itu tandanya Allah masih sayang. Allah kan dah kata, iman hambaNya ada turun naik. Senipis kulit bawang. Hati selalu dibolak balikkan. Na'uzubillah.. moga dijauhkan dari semua perkara itu. Namun, itulah namanya ujian. Jika Allah sayang, dia akan uji. Ujian bagaimana? Ujian yang kita mampu.

Takutlah Bila Iman Semakin Lemah...


Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita, akan tetapi iman itu ialah apa yang teguh dalam hati dan dibenarkan oleh amal. Barangsiapa berkata (ikrar) baik padahal ia mengerjakan amal yang tidak baik, nescaya Allah menolak perkataannya. Dan barangsiapa, berkata dan berbuat baik, nescaya Allah mengangkat akan amalnya.

Begitulah halnya dengan iman. Ia kena dibuktikan dengan amal kebaikan. Bukan sekadar lafaz dibibir saja. Wallauhu'lam...


Takutlah Bila Iman Semakin Lemah...


Kadang kita tak sedar iman semakin lemah sebab dah jarang dibaja. Iman bukan boleh diwarisi dari ahli keluarga atau jaminan yang baik itulah kuat imannya. Iman seseorang adalah pemberian Allah atas usaha hamba itu melakukan usaha, belajar dan menambahbaik asas imannya.

Iman seseorang terjaga bila dia menjaga dan berpegang kepada rukun iman yang enam itu iaitu:

● Percaya kepada Allah
● Percaya kepada Malaikat
● Percaya kepada segala kitab
● Percaya kepada rasul
● Percaya kepada hari kiamat
● Percaya kepada Qada' dan Qadar

Namun bila iman terasa semakin lemah, maka perbaharuilah azam kita. Mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya dengan bersungguh-sungguh.

Kembali menjenguk al Quran. Bacalah al Quran setiap hari walau sekadar sebaris ayat. Fahami sekali maksudnya. Insyaa Allah, kita sedang meneguh dan membaja iman kita.

Sirami iman di dada dengan kisah-kisah pengajaran para Nabi dan Rasul. Jadikan kisah perjuangan mereka sebagai inspirasi perjuangan kita melawan kejahatan dan hawa nafsu di atas muka bumi ini.

Takutlah jika imanmu semakin lemah, kamu semakin malas solat dan berdoa, kamu sudah tidak mahu belajar agama dan banyak lagi.

Cepat-cepat buat sesuatu. Paling cepat boleh mempengaruhi kamu adalah rakan terdekat. Dekati mereka yang berakhlak baik dan mengajak ke arah kebaikan. Dan jauhi rakan yang sering mengajak kepada perkara melalaikan.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hambaNya yang terpelihara dari segala kejahatan manusia, fitnah dajjal dan syaitan yang direjam! Aameen...

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.