Jom baca penerangan dari Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri, mufti Wilayah Persekutuan, tentang permasalahan ini.
Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa?
Asasnya waktu imsak adalah sebagai waktu untuk ihtiyat (berjaga-jaga) agar tidak makan melebihi wqktu yang telah ditetapkan yang mana boleh membatalkan puasa seseorang itu.

Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun sekiranya, telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa.
So, kawan-kawan dah faham dan jelas ya akan bilakah sebenarnya waktu mula puasa, adakah waktu imsak atau bila masuk waktu subuh? Jadi, senang cerita, dengar azan subuh je.. itulah waktu start puasa pada hari itu.
Kita digalakkan untuk melewatkan makan sahur dan mempercepatkan berbuka. Semoga puasa kita semua mendapatkan keberkatan dan diterima Allah SWT.
Insyaa Allah.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.